Hiburan

“Saya anggap dia ada masalah mental” – Mak Wan Latah

“SAYA ada Allah. Allah tak fitnah saya. Kalau saya berkata pun kena kecam, tak bercakap pun tetap orang kecam. Sebab itu saya tak mahu berkata apa-apa.”

Demikian kenyataan yang keluar dari mulut pelakon wanita senior, Mak Wan Latah atau nama sebenarnya, Halimatussa’adiah Mohd Daud berkaitan beberapa rakaman video yang disebarkan menerusi aplikasi Tiktok, baru-baru ini.

Menerusi paparan video-video tersebut, seorang wanita mendakwa, itu adalah sikap sebenar Mak Wan yang didakwannya seorang yang panas baran, mengamalkan ilmu hitam dan mencuri wang.

Sekitar April lalu, nama Mak Wan Latah turut hanyat diperkatakan apabila perkahwinannya hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja.

Terpalit dengan isu kontroversi yang bersifat peribadi, anak kepada bekas suaminya mendakwa, perceraian berlaku disebabkan oleh sikap kasar aktres senior ini.


Mak Wan mengakui, isu yang ditularkan di media sosial menyebabkan kerjaya seninya terkena tempias.

Ini kerana namanya digugurkan daripada pembabitan dengan beberapa drama. Malang sungguh buat Mak Wan Latah yang berusia 61 tahun.

Bagi Mak Wan Latah yang memberi kenyataan kepada KOSMO! Online, beliau tidak mahu cakap apa-apa pun tentang video-video di Tiktok.

“Biarkan dia. Itu otak dia tak betul. Dia nak buat apa-apa pun, itu hak dia. Saya tak mahu komen lagi.

“Pihak luar hanya tau mengecam dan tidak tahu perkara sebenar,” ujar beliau.

Katanya, beliau tidak akan menggunakan saluran undang-undang untuk menangkis tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh seorang wanita.

Sebaliknya, kata Mak Wan Latah, beliau mengambil pendekatan bertenang sambil menyifatkan individu tersebut yang juga kenalan rapatnya itu mempunyai masalah mental. – SM

(Visited 196 times, 2 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button