Mahkamah

Saksi ke-81 lembam, membaca dengan mengeja

Kes perbicaraan Ahmad Zahid

SAKSI ke-81, Omar Ali Abdullah, 48, yang ditampilkan sebagai saksi pendakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi prosiding sambung biacara kes berkaitan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini menafikan dirinya buta huruf tetapi lambat membaca dan cara beliau membaca ialah dengan kaedah mengeja.

Omar Ali, pemilik syarikat Marhaba dan merupakan seorang Pengurup Wang (Money Changer) dipanggil sebagai saksi kelmarin (Isnin 27 Julai 2020) oleh barisan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) memberi keterangan bertulisnya di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Bagaimanapun, selepas memberi keterangannya kelmarin, Omar Ali dilepaskan tetapi tidak dibebaskan kerana barisan peguam Ahmad Zahid belum membuat pemeriksaan balas terhadap saksi.

Hari ini, pemeriksaan balas dibuat oleh Datuk Ahmad Zaidi Zainal yang memulakan soalan dengan menyentuh tentang latar belakang pendidikan Omar Ali.

Saksi memberi kenyataan yang bercanggah dengan kenyataan yang diberi kepada barisan Timbalan Pendakwa Raya.

Percanggahan kenyataan Omar Ali itu ditunjukkan menerusi perenggan-perenggan tertentu oleh peguam Ahmad Zahid supaya saksi dapat memberi keterangan, yang mana satukah yang betul.

Ahmad Zaidi bertanyakan soalan kepada Omar Ali dengan merujuk kepada kenyataan saksi dan bertanya, siapakah yang menyediakan kenyataan saksi (witness statement?

Jawab Omar Ali, “Pegawai SPRM. Pegawai SPRM yang menaip.”

Kata Omar Ali lagi, kali pertama dia ditunjukkan dengan kenyataan saksi adalah kira-kira seminggu atau dua minggu lalu dan itu pun, dia akui, tidak dapat mengingati dengan tepat bilakah masanya dia melihat kenyataan saksinya.

“Kali pertama, saya menerima witness statement melalui mesej WhatsApp yang dihantar oleh Pegawai SPRM. Dan tiga hari sebelum saya datang ke sini (mahkamah),” kata Omar Ali.

Saksi: dapat dalam seminggu atau dua minggu. Ada pegawai SPRM mesej WhatsApp. Sebelum datang sini. 3 hari sudah.

Peguam: Statement diberi seminggu..3 hari. Diberi boleh dibawa balik?

Saksi: Bawa balik ke rumah

Peguam: Ada baca witness statement ini?

Saksi: Tengok sekali. Saya baca lambat. Tengok ejaan. Saya kurang boleh baca. Kena eja-eja sikit.

Peguam: Bukan buta huruf? Saya perhatikan Encik Omar dalam akuan bersumpah menyebut “suka cita”. Bukan “suci hati”. Saya perhatikan tiga kali. Apa maksud eja lambat?

Saksi: saya tak boleh baca fast. Slow slow.

Peguam: Perasan tak ada statement bercanggah?

Saksi: Tak perasan.

Peguam: Ada siapa-siapa suruh mengakui?

Saksi: Tidak

Omar Ali memberitahu mahkamah bahawa beliau pergi ke pejabat SPRM sebanyak 15 kali yang mana apabila pegawai SPRM memanggilnya, dia akan terus pergi.

Bagaimanapun, kata Omar Ali pula, dia tidak ingat sama ada dia berulang ke pejabat SPRM sebanyak 15 ke 20 kali.

Saksi: Tak boleh ingat Tuan.

Peguam: Berapa jam?

Saksi: 10 am (pagi) to 10 pm (malam). Itu kali pertama (first time). Kemudian 5 jam hingga 8 jam.

Peguam: Ada atau tidak Pegawai SPRM tunjukkan kenyataan bertulis Encik Omar Ali?

Saksi: Bagi… taip taip. Saya tidak boleh membaca. IO (Investigative Officer/Pegawai Penyiasat) depan saya. Saya tengok dalam laptop. Suruh tengok. Saya tidak pasti saya sain atau saya balik selepas beri keterangan.

Peguam terpaksa memberi pencerahan berulang kali kepada Omar Ali yang mengatakan dia tidak faham soalan.

Peguam: Tidak mengapa, saya explain banyak kali. Encik Omar faham apakah keterangan saksi yang ditulis?

Saksi: Saya ikut aje. Keterangan lebih kurang familiar. Saya ikut apa yang ada dalam statement. Statement yang saya bagi.

Peguam: Tak buat pembetulan?
Saksi: Tiada pembetulan.

Omar Ali bersetuju dengan peguam apabila dia adalah seorang kawan yang dipercayai (trusted friend) oleh Ahli Parlimen Bagan Datoh, Ahmad Zahid dan saksi itu juga bersetuju bahawa dia rapat dengan dengan keluarga tertuduh (Ahmad Zahid).

Peguam: Kita tengok Para 5. Benarkah keterangan ini tahun 2014, OKT (tertuduh) beri arahan masukkan wang tunai dalam akaun Yayasan Akal Budi?  Ini keterangan yang benar Encik Omar?

Saksi: Ya. Benar.

Peguam: Tidak ada arahan atau permintaan lain OKT kecuali minta tolong masukkan wang tunai.
Saksi: Ya.

Peguam: Percanggahan. Dalam perenggan 6, menukar wang tunai kepada cek sebelum masukkan ke dalam akaun Yayasan Akal Budi. Mana satu yang betul ni?

Saksi: Saya tak faham Yang Arif. Pegawai SPRM tanya saya jawab. Saya tak tahulah ini canggah atau tak canggah.

Peguam: Encik Omar Ali diberi dua minggu kenyataan sakwi (witness statement), boleh bawa balik baca.

Para 5.. masuk wang tunai. Para 6..tukar cek masuk ke yayasan. Yang mana satu ini?

Saksi: Dua-dua pun betul. Itu 5. Ini 6.

Peguam: OKT tidak pernah bagi arahan tukar wang tunai kepada cek dan masukkan dlm akaun Yayasan Akal Budi. Boleh setuju dengan saya?

Saksi: Ya. Setuju.

Peguam: Datuk Zahid (Ahmad Zahid) tidak pernah, pada bila-bila masa pun, mengarahkan Encik Omar Ali masukkan wang dalam akaun peribadi. (Rujuk Para 9). Penyumbang daripada Yayasan Al Bukhary (YALB).

(Peguam terpaksa mengulang soalan kerana saksi memberitahu mahkamah, dia tidak faham soalan di atas)

Peguam: OKT tidak pernah sekalipun minta tolong masukkan wang tunai dlm akaun peribadi beliau.

Saksi: Arahan OKT, saya tidak mahu guna OKT, Yang Arif. Saya rujuk kepada Datuk Seri (Ahmad Zahid). Datuk Seri pernah bagitau saya ada penyumbang akan beri wang tunai.

Peguam: Melalui Encik Omar?

Saksi: Ya. Datuk Seri minta saya ambil wang tunai.. tukar dalam bentuk cek. Masuk akaun Yayasan Akal Budi.

Peguam: Datuk Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid) tidak pernah, bila-bila masa arahkan atau minta Encik Omar masukkan duit dalam akaun peribadi beliau. Dia cuma minta masukkan dlm akaun Yayasan Akal Budi.

Peguam turut menyentuh tentang syarikat Marhaba Money Changer yang apabila membuat pertukaran wang asing, perlu isi butiran peribadi kecuali nama penukar.

Peguam: Bank Negara (BNM) minta register nama, detail sebelum buat pertukaran wang asing. Ini bawah AMLA. Anti Money Laundering Act.

Saksi: Setuju. Betul.

Berdasarkan pengalaman Omar Ali sebagai seorang pengurup wang, Ahmad Zaidi mahu saksi memberi penjelasan tentang paper trade atau money trade.

Peguam: Daripada arahan BNM apabila seseorang itu bagi details, particulars, jumlah, peraturan dipatuhi oleh money changer. Ia akan create paper trade atau money trade. Betul. Faham soalan saya?

Saksi: Tidak faham.

Peguam: Saya bagi contoh. USD10,000 diberi kepada Marhaba untuk tukar kepada Ringgit Malaysia. Ini  create money trade. Setuju?
Saksi: Setuju.

Peguam: Tidak boleh kesan siapa yang tukar dan sebagainya kalau tidak bagi particular mcm IC (Kad Pengenalan).

Saksi: Setuju

Peguam: Tak dikenali. Tak ada trail. Jumpa penyumbang kat parking Fahrenheit. Tidak ada trail. Ini Encik Omar tidak faham? Saya bagi, situasi berbeza.. the moment Encik Omar tukar cek remittence. Wujud money trail tersebut.

Saksi: Saya money changer. Tidak faham kenapa nak kaitkan dengan money changer saya.

Peguam: Ini foundation saya. Senario penyumbang dari YALB. Nama Rajan dan lain-lain…  mula paper trail. Money trail. Setuju?

Saksi: Setuju.

Seterusnya, perenggan 15 kenyataan saksi dibaca oleh Peguam.

Peguam: Pernah tak apabila terima tunai, cuba masukkan tunai dalam bank dalam akaun Lewis&Co.

Saksi: Tak pernah.

Peguam: RM1 juta 500 ribu atau RM1.5juta. Kalau bawa to bank. Bank tak terima?

Saksi: Bank tak terima lebih RM50,000. Ini procedure bank. Saya tak bawa masuk cash pasal bank punya law.

Peguam: Berdasarkan jawapan Encik Omar, perkhidmatan tukar tunai kepada cek ialah your own doing. Tindakan yang diambil inisiatif Encik Omar sendiri dan bukan arahan Datuk Zahid. Setuju?

Saksi: Setuju.

Peguam: Rujuk Perenggan 32. Rajan Thurairatnam tukar RM to Aussie Dollar dan dibayar melalui cek. Soalan saya cadangkan, Datuk Zahid tidak pernah arahkan Encik Omar jumpa Rajan, bagi Aussie Dollar dan bagi cek. Setuju dengan saya?

Saksi: Setuju

Peguam: Begitu juga dengan Park Siew Bing dan lain-lain. Datuk Zahid tidak pernah beri arahan pada bila-bila masa pada Encik Omar untuk tukar USD tukar pada cek. Setuju?

Saksi: Setuju

Peguam: Bagi pinjam Rajan Sivaratnam, bukan arahan Datuk Zahid tapi inisiatif Encik Omar. Setuju?

Saksi: Setuju.

Peguam: Sama juga dengan Ong Weng Fatt.. transaksi tukar matawang asing. Ini bukan arahan Datuk Zahid.

Saksi: Setuju.

Peguam: Rujuk Para 42 hingga 46. Muhyiddin AlHalabi -curency exchange. Ini juga bukan arahan Datuk Zahid?

Saksi: Setuju.

Peguam: Para 47 hingga 49. Pinjam duit bayar balik dengan cek bukan arahan Datuk Zahid. Setuju?

Saksi: Setuju.

Peguam: Para 50.. Cergas Murni. Bayar balik dengan cek. Bukan arahan Datuk Zahid tapi inisiatif Encik Omar sendiri.

Saksi: Setuju.

Peguam: Secara kumulatif.. rangkumi semua sekali jawapan, saya cadang pada Encik Omar, Datuk Zahid tidak pernah arah, tidak minta Encik Omar cari orang nak bagi pinjam duit, tukar pada cek.

Sakdi: Setuju.

Peguam: Soalan pada hari Isnin lalu pukul 3.50 petang oleh rakan bijaksana saya TPR Tuan Harris Ong. Adakah OKT puas hati kejayaan kamu tukar tunai kepada cek.Boleh jelaskan apa yang Encik Omar maksudkan?

Saksi: Itu saya tidak pasti. Saya faham tapi…

Peguam: Itu soalan yang smart and tricky question.

Saksi: Saya faham, dapat duit cash, tukar cek. Saya buat saya punya kerja.

Peguam: Tugas utama Encik Omar, terima duit tukar cek. Bagi pinjaman bukan arahan Datuk Zahid.

Saksi: Itu saya yang buat.

Peguam: Tugas Encik omar tapi tukar cek,  semua inisiatif Encik Omar sendiri. Soalan terima YALB tukar dari tunai ke cek ..semua transaksi. Bukan arahan Datuk Zahid. Kalau saya katakan sekali lagi, arahan untuk tukar tunai kepada cek adalah usaha, inisiatif Encik Omar sendiri.

Saksi: Itu saya setuju. Saya yang buat.

Peguam: TPR Tuan Sazeele tanya kerana kamu ‘Cuma’, untuk terima tunai dan tukar cek.

Saksi: Ya.

Peguam: ‘Cuma’ perkataan ini penting. Tugas kamu cuma. Satu aje tugas kamu. Peranan kamu cuma terima tunai kemudian tukar kepada cek. Kamu jawab ya.

Terima tunai masuk akaun Yayasan Akal Budi. Tapi bila bawa lebih RM50,000 bank tak terima. Segala perbuatan tukar mata wang asing, bagi pinjaman dan tukar pada cek adalah inisiatif dan perbuatan Encik Omar sendiri.

Saksi: Itu tak betul. Terima tunai dan masuk dalam akaun yayasan.

Peguam: Terima tunai. Tukar cek. Soalan TPR Sazeele.

Saksi: Ya.

Peguam: Saya kata jawapan Encik Omar adalah tidak betul.

Saksi: Saya faham. Saya terima tunai, saya tukar cek. Itu bukan arahan Datuk Zahid.

Peguam: Tuan Harris soalan tambahan rakan bijaksana saya.. ada bagi pinjaman. Saksi jawab, tidak ada. Soalan saya, saya cadangan sekali lagi, setuju dengan saya, Datuk Zahid tidak pernah bagi arahan, bagi pinjam duit derma pada sesiapa.

Saksi: Setuju.

Omar Ali tidak boleh menafikan atau menidakkan bahawa penyumbang-penyumbang atau sumbangan adalah dari Yayasan Al Bukhary.

Omar Ali juga memberitahu mahkamah bahawa dia tidak boleh mengesahkan atau memastikan penyumbang kerana dia tidak mendapatkan butiran penyumbang.

Kata Ahmad Zaidi, “Saya tidak suruh pastikan. Betul atau tidak,”.

Berhubung komisyen, Omar Ali mengakui dia tidak meminta diberikan komisyen tetapi mengakui, melakukannya sendiri dan tidak terfikir untuk bertanya.

“Komisyen, saya tidak minta. Saya buat sendiri. Saya tidak ada idea nk tanya. Saya setuju, inisiatif sendiri,” kata Omar Ali yang berdolak dalik dalam memberi keterangan dan menjawab soalan balas peguam Ahmad Zahid.

Perbicaraan bersambung esok. – SM

(Visited 301 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button