HiburanMahkamah

Saksi tak tahu status suami defendan ketiga, kahwin Datuk Seri guna title Datin Seri

Kes perbicaraan Datuk Aishah tuntut tanah lot banglo daripada penaja Bina Megah

PROSIDING pemeriksaan balas Peguambela plaintif ke atas saksi defendan pertama, Datin Seri Putik Wannida bersambung selepas mahkamah berhenti rehat pada sebelah tengah hari.

Hari ini adalah hari keempat perbicaraan kes tuntutan tanah lot banglo oleh plaintif, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin terhadap penaja Bina Megah Empayar (BME) di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur.

Peguam Muhammad Izwan Azmi mewakili Juara GV4 (Gegar Veganza musim keempat), Aishah menyaman tiga defendan termasuk vokalis kumpulan Pearl yang juga Pengarah Urusan dan Operasi Bina Megah Empayar (BME) yang menjadi salah satu penaja dalam pertandingan realiti televisyen itu.

Selain Izwan, Aishah juga diwakili dua lagi peguambela iaitu Mazniza Mohd Kamil dan Amirul Izwan Lehuddin dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates.

Pemeriksaan balas Peguam Izwan bermula, dalam Ikatan Dokumen bersama ada carian SSM, letak Datin Seri dan mengaku, ya.


Mengapa relevancy nya saya bangkitkan isu ini, Puan Hakim sebab kredibiliti dan apabila ditanya sekali lagi kepada defendan, ada tak bawa apa-apa dokumen pengesahan status Datuk Seri, saksi menjawab, tidak.

“Tak ada bawa apa-apa, Datuk Seri sakit, dia ke klinik kerana gastrik. Saya ada hubungi dia. Dia sekarang berada di rumah,” kata saksi.

Mahkamah diberitahu, Bahagian Protokol Istana dihubungi untuk menyemak status defendan ke tiga dan sebagai contoh, apabila diletak nama Datuk Seri Alif Syukri dalam carian kata Izwan, ada dapat dari Pahang.

Izwan: Masuk nama penuh Datuk Seri, Mohd Amir Bin Mohd Isa, tak ada. Saya dari hari pertama, Datuk Seri dan Datin Seri, tak ada witness denial. Tak ada. Yang telah ditandatangani… Ini adalah penerangan kepada mahkamah. Dokumen di mahkamah.

Pagi tadi, sebelum rehat, cuba dapatkan apa-apa bukti tentang status defendan ketiga tapi saksi gagal.

Seterusnya Izan berkata, pada 28 Julai 2022, seorang ahli perniagaan telah dituduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana mengguna title Datuk Seri palsu.

Title Datuk Seri pada 2018, seorang ibu tunggal dipenjarakan kerana guna Datuk Seri palsu.

Mengikut Seksyen 138 (4) Akta Keterangan, saya mohon Puan Hakim recall semula, panggil Datuk Seri Amir untuk recall semula.

Saya, kami membantu mahkamah, ada tanggungjawab kepada mahkamah. Invoke Seksyen 138, tak ada apa-apa kesan sekiranya Datuk Seri Amir boleh buktikan, kita boleh move on. Pihak Astro juga dalam first emel, refer, reply, Datuk Seri.

Hakim Rofiah Mohamad bertanya Peguamcara, Mohd Khainis  Yussof sekiranya ada apa-apa maklumat tentang perkara ini.

“Tak tahu, bukan isu utama. Bawa kepada orang yang sepatutnya,” jawab Peguamcara.

Hakim: Peguam pun defence council… should have a feel, check out. I feel there is something out. Timbul peringkat cross… He has a duty to prove. I take it sebagai satu allegation… exert gelaran tersebut, siapa yang memakai.

I bagi opportunity to proceed aje. Peguam defendan dan defendan ketiga, sit down and discuss.

She’s married to Datuk Seri, pakai tittle Datin Seri. Kegagalan dia untuk kemukakan bukti pun, isu kredibiliti calarkan kredibiliti saksi, ya.

Izwan: Dengan rendah diri Puan Hakim, orang yang minta recall saksi ialah defendan dalam kes ini.

“Ya,” kata Hakim, dia pakai title sebab kahwin dengan Datuk Seri.

Hakim: Fail to dispose Peguamcara wakil orang yang bankrup.

Saya tahu, you (Peguam Izwan) to pursue this issue based on credibility.

Peguamcara: Defendan ketiga ada datang ke office saya dan dia lihat gambar partner saya ialah Datuk. Oh I have the same thing tapi I punya lain sikit, kata defendan ketiga.

Hakim: Isu Datukship, tak pe tapi saya agak ralat pasal bankruptcy defendan ketiga. Kita dah nak habis…Akan habiskan kes hari ini. Saya akan fix satu date untuk penyediaan nota. Bagi ample time untuk buktikan (Peguamcara mengangguk). Kita lepaskan saksi sebab bukan target pasal title Datin Seri.

Your target (Peguam Izwan) would be defendan ketiga. Ikut my practice, will fix a date selepas Peguamcara bincang dengan anak guam, pakai Datuk Seri secara tidak sah. Kalau guna datukship secara palsu, tak sah atau pembuktian boleh dibuktikan, defendan ketiga jangan tegakkan benang yang basah. Ini indirect advise saya kepada Peguamcara. Based on CRT nanti.

Izwan: Final konsert akhir GV4 di stadium watching secara live tapi Puan tak ingat, deal dgn GV pun Puan tak tahu… Muka surat 20, Ikatan Dokumen Bersama. Apa logo letter head? Pernah tengok surat ni?

Saksi: Tak pernah.

Izwan: Tandatangan Datuk Seri Mohd Amir Bin Mohd Esa. Kenal ya. Tanggungjawab syarikat Puan, berdasar surat ini, maklumat lengkap. Tahu tak detail sponsor sebelum hadir ke mahkamah. Tak tahukan. Puan baca. Lot tanah ini tak boleh bina banglo. Tak tahu. Pemilik tak tahu. Puan bagi kuasa dan tanggungjawab kepada Pengarah Urusan, 3 kali sebut lot banglo dan tahu, dia ada tanggungjawab bagitahu Astro.

Saksi: Setuju.

Seminggu sebelum Pengarah Puan ni dah tahu, sepatutnya dia kena maklumkan pihak Astro.

Saksi: Setuju.

Izwan: Bilamana dia tak buat dia breach, sepatutnya dia buat tapi tak buat, dia cuai. Tak menjalankan seperti apa yang Puan nak. Harap dia buat tak kalau tahu situasi itu.

Saksi putar belit dan tak jawab soalan.

Hakim menegur saksi, kalau dia bagitahu, dia patut bagitau, syarikat tak terikat dengan liability. Betul soalannya?

Izwan: Betul

Saksi: Setuju.

Tak tahu ada buat penyata pembelaan, kata saksi. Tak pernah tengok surat Ikatan Pleading. Pernyataan ini adalah penyataan pembelaan defendan ketiga, akui saksi.

Saksi dikatakan mahir dengan media sosial, sekarang ada Instagram. Viral, penaja pertama ada isu.

Izwan: Puan tak baca langsung, tak ada pembelaan di mahkamah, tak tahu apa dokumen yang ditender. Tak kisah, tak berminat. Setuju dengan saya?

Saksi: Setuju, saya tak kisah.

Artis nak tuntut hadiah, kena bawa ke mahkamah. Ini menekan artis dan hanya Datuk Aishah sahaja yang tuntut. Setuju?, kata Iwan.

Tak setuju, kata saksi.

Saksi bersetuju, tindakan defendan ketiga tidak serah tanah lot banglo, tanah 2,600 kaki persegi kepada pemenang adalah tindakan yang tidak patut

Mahkamah melepas dan membebaskan saksi selepas Peguam Izwan tiada lagi soalan dan Peguamcara hanya bertanya satu soalan, patut atau tidak ada surat lantikan defendan ketiga.

Peguam plaintif memohon mahkamah, memanggil semula defendan ketiga dan perlu dibuat secara rasmi. Dan mohon stand down lima minit.

Selepas mahkamah berhenti sebentar, kedua-dua Peguambela dan Peguamcara dipanggil ke kamar Hakim.

Mahkamah akan bersidang semula pada 5 September depan.  – SM

(Visited 270 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button