fbpx
Politik

Sah GRS menang majoriti PRN Sabah

GABUNGAN Rakyat Sabah (GRS) sah mencatat kemenangan majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) sabah apabila gabungan Parikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) berjaya mendapat majoriti mudah 37 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang akhbarnya bagi mengumumkan kedudukan terkini memberitahu setakat ini Warisan menang di 24 DUN, PN (17), BN (14), PBS (6), Bebas (2), PKR (1) dan UPKO (1).

Dengan itu secara dasarnya GRS sudah boleh membentuk kerajaan negeri Sabah menggantikan Warisan.

Sebelum ini Setiausaha Agung Pakatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainuddin mengisytihar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menang pilihan raya negeri (PRN) Sabah.

Ini setelah keputusan tidak rasmi setelah menunjukkan GRS berjaya meraih 37 daripada 73 kerusi.- SM


Show More

Related Articles

Back to top button