Politik

Nazri umum tarik sokongan, Kerajaan PN tinggal 109 ahli Parlimen

KERAJAAN Perikatan Nasional hari ini hanya mempunyai sokongan 109 ahli Parlimen selepas
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengumumkan menarik sokongan terhadap PN.

Penarikan diri Mohamed Nazri itu adalah yang ketiga selepas dua ahli Parlimen UMNO mengambil keputusan sedemikian.

Sebelum ini Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengumumkan mereka tidak lagi menyokong kerajaan PN.

Mohamed Nazri menyatakan terdapat kemungkinan beberapa lagi ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) akan membuat pengumuman dalam waktu terdekat.

Keputusan itu dibuat dengan mandat daripada UMNO Bahagian dan juga Majlis Tertinggi UMNO.

Ketika ini, parti pembangkang mempunyai 108 ahli Parlimen berdasarkan keputusan pengundian  Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 yang diluluskan di Dewan Rakyat selepas bacaan kali ketiga pada 15 Disember lalu.-SM

(Visited 319 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button