Sukan

Roger Federer ungguli senarai atlet peroleh pendapatan tertinggi

BINTANG tenis terkenal Roger Federer menduduki tempat teratas senarai Forbes 2020 sebagai atlet yang memperoleh bayaran tertinggi dengan pendapatan sebelum cukai US$106.3 juta, lapor agensi berita Xinhua.

Ini kali pertama legenda tenis kelahiran Switzerland itu mengungguli senarai itu.

Pendapatannya merangkumi wang hadiah US$6.3 juta dan US$100 juta bayaran sokongan serta penampilan. Kedudukan terbaik beliau sebelum ini di tempat kedua pada 2013.

Diikuti bintang bola sepak Portugal Cristiano Ronaldo dengan pendapatan US$105 juta manakala Lionel Messi dari Argentina menduduki tempat ketiga dengan US$104 juta. – BERNAMA

(Visited 140 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.
Back to top button