fbpx
Sukan

Ash Barty kekal pemain nombor satu dunia

PEMAIN muda Australia, Ash Barty kekal mengungguli kedudukan teratas Persatuan Tenis Wanita (WTA) dunia, meskipun tewas di pusingan separuh akhir Grand Slam Terbuka Australia bulan lalu, lapor agensi beria Xinhua.

Selepas menjulang gelaran juara Kejuaraan Antarabangsa Adelaide pada Januari, bintang berusia 23 tahun itu tersungkur pada saingan separuh akhir Grand Slam Australia 7-6, 7-5 di tangan pemain Amerika, Sofia Kenin.

Walaupun tewas, Barty mengekalkan kedudukan pemain nombor satu dunia, sementara Sofia Kenin yang menumpaskan Garbine Muguruza dari Sepanyol pada pentas akhir, di kedudukan ketujuh.

Simona Halep (Romania) di tempat kedua, diikuti Karolina Pliskova (Republik Czech) ketiga, Belinda Bencic (Switzerland) kelima dan Bianca Andreescu (Kanada) di tangga kelima.

Sementara itu, bekas pemain nombor satu dunia dari Jepun, Naomi Osaka sekadar di tempat ke-10 manakala  pemenang 23 kejohanan Grand Slam Serena Williams dari Amerika Syarikat di tangga kesembilan. – BERNAMA


Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button