Nasional

RM9.5 bilion disediakan kerajaan untuk jayakan NIMP 2030

SEBANYAK RM9.5 bilion akan disediakan oleh kerajaan bagi menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 bagi merangsangkan pelaburan dan pembabitan industri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan komited sepenuhnya untuk menyokong pelaksanaan NIMP 2030.

“Ia dianggarkan memerlukan jumlah pelaburan sebanyak RM95 bilion sepanjang tujuh tahun (NIMP 2030) terutamanya daripada sektor swasta yang digerakkan daripada ekuiti, modal dan pasaran kewangan swasta.

“Hampir 10 peratus akan diperuntukkan oleh kerajaan untuk membantu merangsang dan memberi insentif kepada pelaburan ini melalui Dana Pembangunan Perindustrian NIMP dan Dana Pelaburan Bersama Strategik NIMP,” katanya berucap melancarkan NIMP 2030 di sini, hari ini.

(Visited 112 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button