Nasional

Dipukul dan diugut bunuh hanya kerana berpuasa

DUA pengawal peribadi mengalami kecederaan akibat dipukul majikan mereka hanya kerana didapati berpuasa.

Difahamkan, kedua-dua mangsa itu juga telah ditampat di kepala dan syspek juga telah mengacukan sepucuk pistol dan membuat ugutan bunuh terhadap kedua-dua mangsa.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10 malam semalam di Kondominium One Kl, Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

“Suspek telah memarahi kedua-dua lelaki berkenaan dan menampar kepala salah seorang mangsa selepas mengetahui kedua-dua mereka berpuasa.

“Suspek juga telah membawa kedua-dua mangsa ke sebuah rumah di Batu Nilam, Klang sebelum memukul mereka menggunakan sebatang rotan hingga mengakibatkan kesan lebam.


“Kedua-dua mangsa juga telah diacukan pistol jenis Glock milik salah seorang pengawal peribadi tersebut dan membuat ugutan bunuh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa berusia 26 dan 43 tahun itu telah bekerja di syarikat tersebut selama tiga dan tujuh tahun.

Ujarnya, suspek bertindak demikan kerana berang disebabkan kedua-dua mangsa tidak patuh pada arahannya supaya tidak berpuasa.

“Suspek bagaimanapun telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambahnya, kes kini disiasat mengikut Seksyen 323 dan Seksyen 506 kanun keseksaan. -SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button