Nasional

Pemancing hilang di Semporna mungkin dibaham buaya

Seorang pemancing yang hilang dipercayai disambar buaya ketika keluar memancing di Sg Pegagau dekat sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Faizal Ahmad berkata, mangsa dikenali sebagai Azman Tugau diserang buaya dalam kejadian sekitar jam 3 petang hari ini.

“Maklumat mengenai serangan itu diperoleh daripada rakan mangsa kerana kedua-duanya sedang memancing bersama, butiran lain seperti umur mangsa tidak diketahui dan masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Dalam pada itu, Faizal berkata pihak bomba sedang mencari maklumat lanjut mengenai kejadian itu dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

Sementara itu, Faizal ketika dihubungi pemberita berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa berusia 34 tahun sedang memancing di sungai itu bersama sepupunya (maklumat awal menyebut ia adalah rakan) tanpa menggunakan bot.

“Tiba-tiba mangsa disambar buaya dan sepupunya berjaya melarikan diri dan membuat laporan polis,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat disambung semula kira-kira jam 7 pagi tadi.

 

(Visited 337 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button