AgamaNasional

PM Ismail Sabri bersama 10,000 jemah hadir solat hajat, zikir di Masjid Putra

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Yaakob menyertai hampir 10,000 jemaah yang hadir program Munajat Keluarga Malaysia di Masjid Putra, Putrajaya malam tadi.

Program itu turut diadakan solat hajat dan berzikir.

Ismail Sabri dilaporkan tiba di perkarangan masjid sekitar pukul 8.24 malam dengan diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Sebelum menunaikan solat Isyak berjemaah, hadirin menjamu selera.

Hadir sama beberapa Menteri Kabinet termasuk Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Tan Sri Anuar Musa, Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadilah Yusof dan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Imam Besar Masjid Putra, Salahuddin Ghozali mengimamkan solat Isyak manakala Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Luqman Abdullah mengimamkan solat hajat.

Ia disusuli bacaan zikir munajat dan qasidah yang dipimpin secara bersama oleh beberapa selebriti tanah air termasuk anggota kumpulan nasyid, Munif Ahmad.

Sementara itu, tausiah disampaikan pendakwah bebas, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid manakala bacaan doa Keluarga Malaysia oleh Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.

Pada majlis yang sama Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan kepada 20 pusat tahfiz, pondok, institusi kebajikan dan rumah anak-anak yatim.

Untuk makluman, Program Munajat Keluarga Malaysia ini adalah anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan ia dijalankan serentak di enam lokasi.

Selain Putrajaya, lima lokasi lain ialah Johor,  Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Ismail Sabri mengangkut sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-9 pada 21 Ogos 2021. – SM

(Visited 304 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button