Hiburan

RM188 juta diperuntukkan kepada Industri Kreatif

MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, RM188 juta disediakan untuk Industri Kreatif dalam usaha merancakkan semula aktiviti industri tersebut.

Beliau berkata, agensi-agensi seperti FINAS, CENDANA dan MyCreative Ventures akan menggiatkan pelbagai inisiatif seperti Dana Kandungan Digital, projek Kandungan Multimedia Digital, Insentif Filem, program Perkasa Modal Insan dan perlindungan PERKESO kepada golongan artis.

“Sebagai tambahan, pada tahun hadapan Kerajaan akan menjayakan Program Riuh Keluarga Malaysia melalui dana padanan pinjaman pelaburan berjumlah RM20 juta,” katanya.

Beliau berkata, langkah ini dijangka memberi 5,000 peluang pekerjaan baharu.

Selain itu, Tengku Zafrul juga berkata, bagi mengetengahkan lebih banyak animasi tempatan ke persada antarabangsa, RM30 juta diperuntukkan oleh Kerajaan melalui Skim Padanan Pinjaman Pelaburan bagi inisiatif Platform Animasi Negara yang akan dikendalikan oleh MyCreative Ventures. – SM

(Visited 204 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button