Bola SepakSukan

Mourinho belajar bahasa Korea demi Son Heung-min

JOSE Mourinho berkata, dia kini sedang belajar bahasa ketujuh iaitu bahasa Korea. Bos Tottenham itu fasih bertutur dalam bahasa Portugis, Sepanyol, Catalan, Inggeris, Perancis dan Itali. Kali ini, Mourinho cuba untuk belajar bahasa ibunda penyerang Korea Selatan, Son Heung-min.

Mourinho, 57, mendedahkan tentang cabaran tersebut ketika ditemu bual pada majlis pelancaran siri dokumentari kelab itu.

“Komunikasi sangat penting apabila saya berada dalam sesebuah kumpulan, saya perlu memahami bahasa tempatan, yang mana semua orang dapat memahaminya.

“Ia juga sebagai menghormati budaya dengan bercakap dalam bahasa individu yang berada di dalam kelab.

“Di dalam siri tersebut, terdapat kumpulan staf kejurulatihan yang berbangsa Portugis, walaupun kami kini juga mempunyai jurulatih berbangsa Inggeris, Ledley King.

“Dengan para pemain, saya juga cuba bertutur dalam bahasa mereka, sebab itu saya sedang mempelajari bahasa Korea,” katanya.

Mourinho menggantikan Mauricio Pochettino yang dipecat, November lalu dan Special One mengakui, menjadi impiannya untuk mencapai sesuatu yang istimewa ketika berada di kelab London Utara itu. – The Sun UK – SM

(Visited 88 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button