Nasional

Riza Rich Realty Anjur Kursus Induksi 2.0 Demi Mantapkan Ilmu Ejen Hartanah

Demi memantapkan ilmu dan teknik pemain industri hartanah ketika bertemu pelanggan, Riza Rich Realty tampil menganjurkan sebuah program berbentuk Kursus Induksi 2.0.

Kursus Induksi 2.0 mengangkat topik penting merangkumi kaedah pemasaran digital 2022, cara memikat dan mengenal pasti karakter pelanggan serta fahaman teknikal dalam proses jual beli hartanah.

Menurut pengasas Riza Rich Realty, Mimi Haniza Mokhtar, Kursus Induksi 2.0 bertujuan untuk melahirkan pemain industri hartanah yang berkualiti.

“Dalam setahun, Riza Rich Realty hanya membuka permohonan sebanyak dua kali sahaja. Dalam program ini, peserta akan didedahkan dengan pelbagai ilmu penting mengenai industri hartanah,” katanya.

Kursus Induksi 2.0 diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dan melibatkan penyertaan eksklusif seramai 30 peserta yang berdaftar.

Riza Rich Realty adalah sebuah syarikat yang bernaung di bawah Riza Rich Empire Sdn. Bhd. dan berpengalaman dalam menjalankan urusan perniagaan berkaitan hartanah.

(Visited 755 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button