Nasionalpilihan

Perkhidmatan LRT masih belum stabil, Anthony Loke mohon maaf kepada penumpang!

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) masih belum stabil sepenuhnya berikutan terdapat beberapa isu teknikal yang harus diberi perhatian.

Harapan beliau, menjelang Jun 2023, perkhidmatan tersebut akan lebih stabil selain tiada lagi isu perkhidmatan tergendala.

“Pada waktu ini, perkhidmatan masih belum stabil. Saya mohon maaf kepada penumpang. Dalam beberapa bulan akan datang, memang akan ada perkhidmatan tergendala dari semasa ke semasa.

“Pihak Prasarana sudah diminta sudah diminta untuk pandang serius isu ini, wujudkan pelan sokongan untuk memastikan kita dapat meminimumkan kesan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Prasarana Malaysia Berhad, di sini, pada Khamis.

Sementara itu, mengulas mengenai perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya, Anthony Loke berkata, beliau telah mengarahkan Prasarana untuk menyiapkan laporan 16 stesen ditutup baru-baru ini dan dijangka siap dalam dua minggu.

“Saya sudah minta Prasarana untuk buat laporan itu secara terbuka kepada orang ramai apabila siapa supaya rakyat tahu apa puncanya sehingga 16 stesen terpaksa ditutup.

“Apakah punca masalahnya dan apakah pelan tindakan yang sedang dan akan diambil untuk pastikan perkhidmatan itu lancar dan tidak tergendala,” ujarnya.

Tambah beliau, perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya akan terus diberikan perhatian serius dari semasa ke semasa.

“Masalah itu sedang diambil tindakan dan saya akan pantau secara peribadi dari masa ke masa,” katanya.
Ditanya pengalamannya menggunakan perkhidmatan LRT ketika waktu puncak pada Isnin lepas, Ahli Parlimen Seremban itu menegaskan, beliau tidak berpuas hati dengan apa berlaku dan kerana ini, beliau mengadakan sidang media hari ini.

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button