fbpx
Nasional

10 individu termasuk 3 wanita warga asing sedang leka berparti liar ditahan

10 individu berusia lingkungan 27 hingga 45 tahun yang sedang leka berparti liar di sebuah rumah di Ara Damansara ditahan polis malam semalam.

Difahamkan, serbuan dilakukan pada pukul 9.50 malam dan menahan lima lelaki dan lima wanita termasuk tiga wanita warga asing.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, pemeriksaan di rumah berkenaan menemukan satu karpet bertulis Texas Holdem yang dipercayai digunakan untuk aktiviti perjudian.

“Kita juga menemukan sebuah beg yang berisi barang-barang disyaki digunakan unutk aktiviti perjudian .

“Selain itu, kita juga menemukan satu tiub straw berisi bahan disyaki dadah jenis ketamin dan empat botol plastik yang mengandungi cecair disyaki jus berisi dadah di dalam almari rumah tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Gambar ihsan IPD Petaling Jaya

Menurut Nik Ezanee, hasil ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine, amphetamine dan ketamin.

Jelasnya, siasatan awal juga mendapati sebahagian daripada semua suspek telah mengaku terlibat dengan penyalahgunaan dadah selama kira-kira setahun yang lalu.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 7(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujarnya.

Gambar ihsan IPD Petaling Jaya

Tambahnya, kesemua suspek turut disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan. -SM

(Visited 3 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button