Mahkamah

Reman anak tikam leher ibu hingga mati disambung tujuh hari lagi

Wartawan Suara Merdeka

MELAKA 12 Julai – Seorang penggangur yang menikam leher ibunya sehingga mati di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu dekat sini disambung reman selama tujuh hari lagi sehingga 19 Julai ini.

Majistret Mazana Sinin membenarkan permohonan reman disambung ke atas suspek berusia 38 tahun hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori.

Reman tujuh hari ke atas suspek yang merupakan anak sulung daripada lima beradik bermula 6 Julai lalu berakhir hari ini.

Terdahulu suspek yang memakai baju lokap warna jingga tiba di perkarangan Mahkamah Majistret dengan menaiki trak polis kira-kira pukul 9.00 pagi tadi.

Dalam kejadian pada 5 Julai lalu, akhbar melaporkan dalam kejadian pukul 2.50 petang ini, ibu suspek, Roziah Md. Dom, 63, ditikam di leher kanan dan kiri oleh suspek yang menggunakan pisau pemotong sayur.

Pesara guru itu ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dalam bilik tidur oleh anak perempuannya yang juga adik kepada suspek.

Susulan daripada kejadian itu, anak sulung daripada lima beradik itu ditangkap penduduk kampung dan diserahkan kepada polis.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek bertindak demikian setelah mendengar bisikan ibunya menyembah berhala.

(Visited 183 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button