Mahkamah

Bella demam tak hadir ke mahkamah

PENGECAMAN remaja perempuan sindrom down berusia 13 tahun yang dikenali sebagai Bella oleh saksi pendakwaan kelima, Yasmin Nahar Mahmood hari ini ditangguhkan berikutan remaja itu demam.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad memaklumkan perkara itu kepada wartawan ketika mahkamah berhenti berehat.

“Sepatutnya Bella dan beberapa penghuni Rumah Bonda hadir ke mahkamah hari ini, tetapi disebabkan Bella demam maka pengecaman ditangguhkan.

“Kita nak buat pengecaman sekali gus untuk memudahkan saksi, Bella dan penghuni-penghuni lain,” katanya.

Pada ketika ini mahkamah sedang mendengar perbicaraan kes pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja berkenaan.

Prosiding di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi diteruskan dengan pemeriksaan semula oleh pihak pendakwaan terhadap penghuni rumah kebajikan itu, Yasmin Nahar, 19.

Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini antara Februari dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. – SM

(Visited 245 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button