fbpx
Politik

Dah tukar kapal ke YB? – Netizen

TINDAKAN Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menaiki sebuah bot yang dipasang dengan bendera Barisan Nasional mengundang pertanyaan.

Ramai yang ingin tahu sama ada bekas Ketua Pemuda Bersatu itu kini telah beralih arah untuk menyokong Barisan Nasional.

Dalam gambar yang dikongsi di Twitternya itu, Syed Sadddiq berdiri di tepi bot yang sedang bergerak sambil menunjuk ke arah sesuatu dengan berlatar belakangkan tiga bendera BN berkibar megah.

“Turun laut nak gempur kapal korek pasir dan bot pukat tunda haram.

“Jangan kacau periuk nasi Nelayan Muar!” ciap pengasas parti Muda itu di Twitternya ketika berkongsi gambar tersebut hari ini.


Ciapan tersebut mendapat reaksi daripada warganet.

“Adakah ini petanda Muda merupakan parti komponen BN atau teladan toleransi?” tanya @nxjsbsglk.

“YB ni nak menumpang bot BN ke nak menahan bot BN? Lain macam,” komen @zulhaziq.

“Aih.. Dah tukar parti ke apa? Hahaha” gelak @adnan_amal.

“Bendera tu yang mahal YB.. Hahaha,” kata @miirulaqim

“Tajuk berita AwatHangNi: “SS masuk BN”, [email protected]

“Dah tukar kapal ke yb?” tanya @topeknotperfect.

“Hidup Barisan Nasional. Welcome to the ship YB,” komen @jenrysaiparudin.

Soalan-soalan yang ditanya itu dijawab oleh Syed Saddiq. Menurut Ahli Parlimen paling muda di Malaysia itu, dia tidak mempunyai masalah untuk berkhidmat kepada semua rakyat tanpa mengira parti.

“Ramai tanya kenapa naik bot ada bendera BN. Saya tiada masalah kerjasama dengan nelayan yang sokong BN.

“Tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berkhidmat kepada semua, tidak kira parti.

“Saya akan berkhidmat kepada semua orang Muo, bukan sahaja penyokong saya,” jelas Syed Saddiq. – SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button