fbpx
Politik

Hapus elaun kritikal: Syed Saddiq tak perlu pendekkan cuti, Najib bagi tips

KUALA LUMPUR -Tindakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu memendekkan cuti akhir tahun kerana mahu memperjuangkan elaun kritikal kakitangan awam yang dipotong turut mengundang ‘simpati’ bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jelas Najib, Syed Saddiq sebenarnya tidak perlu pun memendekan cutinya bagi menyelesaikan isu tersebut. Dalam hantaran di Facebook Najib memberi tips kepada Syed Saddiq untuk menyelesaikan masalah itu dengan mudah.

“Saya bagi tips 4 langkah. Pertama buka WhatsApp. Kedua cari grup yang dinamakan “Jemaah Menteri”, “Kabinet” atau “Geng kita”.

“Ketiga hantar mesej ini dalam grup, highlight, tekan copy, kemudian paste, ‘Wei.. siapa punya idea untuk hapus elaun kritikal doktor dan nurse? Ramai dah mengamuk ni. Kita nak kalah PRU15 ke? Tolong tarik balik perintah JPA ini dengan segera.

“Akhir sekali, tutup WhatsApp dan teruskan cuti. Selamat Hari Natal, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman,” kata Najib.


Semalam Syed Saddiq berkata, beliau tidak bersetuju dengan langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memotong elaun penjawat awam terutama pekerjaan membabitkan bidang-bidang kritikal.

Menurut Ketua Armada Bersatu itu, elaun kritikal dan gaji yang diterima oleh golongan pekerja seperti doktor, ahli farmasi dan jururawat di negara ini adalah di bawah kadar sebenarnya.

Sebagai permulaan bagi menunjukkan kesungguhannya, tegas Syed Saddiq, beliau akan memendek dan memulangkan elaun percutian yang diterimanya sebagai menteri selain meneruskan potongan 10 peratus gajinya.

Sebelum ini kerajaan telah mengumumkan pemansuhan Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) untuk 33 skim perkhidmatan (dari jumlah 38 skim yang ada) bermula 1 Januari 2020.

Pemansuhan itu melibatkan perkhidmatan berikut:

1. Pegawai Kawalan Trafik Udara

2. Pembantu Perubatan

3. Pembantu Teknik Kapal Terbang

4. Penerbit Rancangan

5. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara

6. Arkitek

7. Arkitek Laut

8. Jururawat

9. Jurutera

10. Jurutera Laut

11. Juruterbang/ Pemeriksaan Juruterbang

12. Juruukur Bahan

13. Malim

14. Pegawai Ehwal Ekonomi (di MIDA)

15. Pegawai Farmasi

16. Pegawai Laut

17. Pegawai Penyelidikan

18. Pegawai Pergigian

19. Pegawai Perikanan (kejuruteraan)

20. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma(kejuruteraan)

21. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (Kejuruteraan)

22. Pegawai Pertanian (kejuruteraan)

23. Pegawai Pertanian (Kejuruteraan)

24. Pegawai Perubatan

25. Pegawai Undang-undang

26. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional

27. Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional

28. Pemeriksa Kapal Terbang

29. Pemeriksa Kilang Dan Jentera

30. Pengajar (kejururawatan)

31. Penjaga Jentera Elektrik

32. Penolong Jurutera Laut

33. Penolong Pegawai Laut

34. Penolong Pemeriksaan Kilang Dan Jentera

35. Pensyarah Perubatan

36. Pensyarah Pergigian

37. Pensyarah UiTM (kejuruteraan, perundangan, kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi).

38. Pensyarah Universiti (kejuruteraan, perundangan  kejururawatan, ukur bahan, seni bina dan farmasi).- SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button