NasionalNegeri

Rakyat Perlis jadi “duta” TMPs 2024-2025 – Raja Muda

RAKYAT Perlis secara tidak langsung adalah sebagai “duta” sempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024-2025, titah Raja Muda, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sehubungan itu titah Baginda, semua perlu memainkan peranan masing-masing dan mula bersiap sedia kerana tempoh TMPs akan bermula tiga minggu lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah pada Pelancaran Perdana TMPs 2024-2025 di Dewan 2020, Kangar malam tadi.

“Berilah layanan yang beradab, sopan santun, berbudi bahasa dan mesra serta sentiasa menjaga imej dan persepsi baik para pelancong terhadap kita,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah demikian ketika berkenan menyempurnakan Pelancaran Perdana TMPs 2024-2025 di Dewan 2020, Kangar malam tadi.

Berkenan berangkat Raja Puan Muda, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli dan Exco Pelancongan Negeri, Wan Badariah Saad.

Raja Muda bertitah, para pengunjung boleh meluangkan masa dengan meneroka keindahan dan keistimewaan Negeri Perlis.

Tuanku Syed Faizuddin berkenan melihat maskot Beruk Kentoi pada Pelancaran Perdana TMPs 2024-2025 di Dewan 2020, Kangar malam tadi.

“Selain itu merasai makanan unik serta melawati tempat-tempat yang menarik dengan kos yang berpatutan,” titah Baginda.

Titah Baginda, keunikan bentuk muka bumi, landskap yang menarik, tarikan alam semula jadi dan sempadan yang memisahkan Malaysia- Thailand merupakan antara faktor tarikan utama negeri ini.

“Jadikanlah kenangan dan sematkan sebagai memori yang indah apabila anda berkunjung ke Negeri Perlis,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar dengan para hadirin pada Pelancaran Perdana TMPs 2024-2025 di Dewan 2020, Kangar malam tadi.

Titah Baginda, berbelanjalah dengan membeli produk-produk keluaran tempatan dan dengan erti kata lain, ‘Perut Kenyang, Fikiran Tenang, Poket Tak Terkoyak’. – SM

(Visited 39 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button