Nasional

Covid-19: 11 sekolah di Melaka diarah tutup

MELAKA 18 Februari – Penularan wabak Covid-19 semakin membimbangkan apabila 11 buah sekolah dan satu sekolah menengah telah diarahkan tutup selepas 1,258 pelajar disahkan positif Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi negeri, Datuk Rais Yasin berkata, walaupun seramai 1,258 pelajar telah disahkan positif Covid-19 namun tidak ada seorangpun dilaporkan kritikal.

Menurutnya, keputusan untuk menutup sekolah terbabit selepas disarankan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) dengan tujuan bagi mengekang penularan wabak tersebut.

“Sekolah yang diarahkan tutup adalah selama lima hingga tujuh hari bergantung kepada keadaan dan tahap penularan Covid-19 di sekolah-sekolah tertentu.

“Sesi persekolahan yang diarahkan tutup tetap diteruskan tetapi melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Ini amat penting bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid-murid dan kita akan memantau dan memastikan kebersanan pembelajaran pelajar,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Tuah; Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tun Razak; SK Paya Redan; SK Batu Berendam; SK Pulai; SK Chinchin; SK Tun Syed Ahmad Shahabudin; SK Duyung, SK Bukit Rambai dan SK Taman Bukit Rambai serta Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ning.

Rais berkata, JPNM akan melaksanakan langkah-langkah di bawah prosedur operasi standard (SOP) 3.0 daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Jelasnya, saringan suhu akan dilakukan sebelum masuk dan semasa berada di sekolah termasuk ujian saringan RTK juga akan dilakukan secara bersasar terhadap pelajar setiap hari. – SM

(Visited 167 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button