fbpx
BeritaPolitik

Rakyat merana PH gembira

AHLI Parlimen Ayer Itam, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong dalam satu hantaran di Facebook beliau bertanya, agak-agaknya bilalah giliran pekerja biasa dan penjawat awam dapat merasa kenaikan gaji sebanyak 60 hingga 100 peratus?

Ini berikutan pengumuman kenaikan elaun ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Johor semalam yang mungkin dianggap biasa oleh sesetengah pihak tetapi bagi rakyat kebanyakan, langkah itu sangat tidak sesuai dilaksanakan ketika kerajaan masih gagal melunaskan banyak janji kerana ‘tiada wang’.

Tentunya juga perkara itu menggembirakan sekelompok kecil ‘mereka yang berkuasa’ tetapi tidak bagi rakyat keseluruhannya.

Kepada Ka Siong, situasi atau fenomena yang berlaku hanya akan menyebabkan  ‘meleleh air liur rakyat mendengarnya’.

Antara alasan kenaikan itu menurut Exco Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar Johor, Tan Chen Choon (DAP) kerana tanggungjawab ahli PBT yang semakin mencabar dan mengambil kira peningkatan kos sara hidup ketika ini.


Berdasarkan keputusan kerajaan negeri itu, elaun bulanan untuk semua ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru naik daripada RM900 kepada RM1,800 mulai 1 Januari tahun depan.

Bagi ahli majlis perbandaran pula, elaun mereka meningkat daripada RM800 kepada RM1,300  manakala ahli majlis daerah menjadi RM1,000.

“Cadangan untuk menaikkan kadar elaun tetap bulanan ahli majlis adalah berasaskan pengiktirafan kepentingan dan sumbangan mereka meningkatkan sistem penyampaian PBT  khususnya di kawasan bandar,” kata Chen Choon dalam satu kenyataan semalam.

Apa pun alasan Chen Choon, kata Ka Siong yang juga Presiden MCA, keputusan kenaikan elaun tersebut seolah-olah menafikan hak rakyat sebaliknya hanya mengutamakan kepentingan kroni.

“Apakah kehidupan rakyat jelata tidak mencabar dan tidak berdepan dengan kenaikan kos sara hidup? Sudahlah mulai tahun hadapan bermacam-macam jenis cukai baharu diperkenalkan,” kata beliau lagi.

Ka Siong turut merujuk kepada pengumuman terbaharu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berhubung semakan kadar cukai taksiran PBT di seluruh negara mulai 1 Januari 2020.

Dalam masa sama, beliau bimbang kenaikan cukai itu adalah juga bagi menampung kenaikan kadar elaun ahli Majlis PBT yang didominasi parti-parti politik.

“Tumpang tanya, untuk 15 PBT di Johor, adakah kenaikan kadar cukai taksiran ini juga bertujuan antara lain menampung kenaikan elaun ahli Majlis PBT,” kata Ka Siong.

Agak malang bagi penjawat awam apabila  Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini ‘menolak’ permintaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,800.

Sebelum itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar juga pernah mengatakan bahawa kerajaan tidak boleh menaikkan gaji secara mendadak.

Di Johor kata Ka Siong lagi, ada 15 PBT. Setiap PBT pula terdapat 24 orang ahli Majlis yang dilantik dalam kalangan empat parti komponen Pakatan Harapan (PH) – DAP, Bersatu, PKR dan Amanah.

“Rakyat jelata dikencingkan dan lantikan politik PH serta kronisme diutamakan!

“Dulu semasa menjadi pembangkang, BN nak naikkan sedikit elaun RM100 pun pemimpin PH melompat marah dan memaki hamun.

“Sekarang apa cerita? PH lagi teruk,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button