Berita

Dua dipercayai bangsa Cina kencing di tempat wuduk surau stesen MRT

APA motif?

Keterlaluan sikap dua lelaki dipercayai bukan Islam membuang air kecil dekat tempat wuduk dekat sebuah surau.

Berdasarkan satu kenyataan yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, kejadian provokasi itu dipercayai berlaku di sebuah stesen Aliran Transit Massa (MRT), namun tidak dinyatakan lokasi secara tepat.

Netizen yang memuat naik posting berkenaan memberitahu, dia sedang berada dalam surau berkenaan untuk solat ketika terdengar perbualan dalam bahasa bukan Melayu.

“Saya terdengar suara mencurigakan dari tempat wuduk, kemudian saya pergi menjengah dan terkejut apabila menemui tiga lelaki dipercayai bangsa Cina berdasarkan pecakapannya.

“Salah seorang daripada mereka menyedari kehadiran saya dan seorang lelaki lain ketika menasihatkan mereka bahawa ini bukan tempat buang air kecil,” katanya dalam status yang dimuat naik pada tiga hari lalu.

Status berkenaan tular apabila mendapat reaksi lebih 2,000 pengguna dan dikongsi lebih 2,800 netizen.

Tidak endah nasihat

Walau bagaimanapun, dua daripada mereka tidak mengendahkan nasihat malah terus membuang air kecil di tempat wuduk itu.

“Mereka tidak kisah malah terus mengeluarkan kemaluan mereka untuk dan buang air kecil ke arah dinding tempat wuduk berkenaan.

“Saya tak berpuas hati dan keluar dari surau tersebut untuk meminta pertolongan. Mujur ada polis bantuan bertugas dan berjalan ke arah saya.

“Saya meminta bantuan polis bantuan berkenaan supaya mengambil tindakan, ketika itu salah seorang daripada lelaki terbabit melangkah keluar,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua lelaki berkenaan bagaiamanapun tidak menunjukkan rasa bersalah dan langsung tidak menunjukkan rasa hormat kepada agama lain.

“Selepas menunaikan solat, saya keluar dan terserempak dengan kumpulan lelaki tersebut.

“Mereka langsung tiada rasa menyesal, bersalah dan hormat. Saya berharap pihak MRT dapat mengambil langkah bijak untuk menangani masalah ini,” nasihatnya.

Netizen kecam

Netizen yang membaca status berkenaan melahirkan rasa tidak puas hati dan menyifatkan tindakan kumpulan lelaki itu sebagai satu provokasi.

“Try kencing dekat tempat mereka sembah patung. Lihat, apa jadi pula, mereka ini semakin hari semakin biadap,” luah Nurazlin Kamarozaman.

“Kurang ajar betul. Bagi terajang tengah belakang baru tahu,” komen Mamapink Moklas.

“Patut pukul, bukan lihat sahaja. Sebab kalau buat begitu dekat tokong mereka, mereka bunuh kita,” kata Hisham Hashim – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button