Politik

Ku Li letak jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO

AHLI Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah berundur daripada jwatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO.

Surat peletakan jawatan tersebut dihantar kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertarikh 20 September lalu.

“Dengan penghantaraan surat ini saya mohon berundur daripada jawatan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, jawatan yang tidak berpelembagaan, berkuatkuasa mulai tarikh surat ini.

“Saya suka juga mengambil kesempatan ini mengucap ribuan terima kasih kerana memberi saya kesempatan memainkan peranan yang kecil dalam perjalanan kita,” katanya dalam surat berkenaan.

Tengku Razaleigh bagaimanapun tidak menyatakan sebab beliau menyerahkan semua jawatan tersebut kepada parti.

Namun dalam surat berkenaan Tengku Razaleigh menyentuh mengenai restu parti membenarkan pemimpin UMNO menjadi sebahagian kerajaan baharu yang katanya turut disertai oleh anggota Kerajaan terdahulu yang disifatkan oleh beliau sebagai gagal.

“Walaupun rata-rata orang ramai dan akar umbi parti menzahirkan kekecewaan mereka kerana hampir semua jawatan dipenuhi oleh mereka dari kalangan kerajaan gagal.

“Bolehkah kita bergantung harap kepada mereka ini memberi kemenangan kepada parti dalam Pilihan Raya Umum ke-15 nanti,” katanya.

Tengku Razaleigh dilantik ke jawatan tersebut pada 27 Julai 2018 serentak penubuhan Jemaah Penasihat UMNO.-SM

 

(Visited 562 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button