Hiburan

Dua artis popular Indonesia, Cakra Khan dan ST12 beraksi di Zepp KL

PARA peminat artis berkumpulan dari Indonesia, ST12 bakal mengadakan konsert di Kuala Lumpur pada Jumaat, 10 November 2023.

Konsert ST12 akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur dengan turut menampilan artis tempatan, Hazama.

Firman Siagian

Dua lagi artis jemputan ST12 pada malam konsert mereka ialah rakan senegara, Firman Siagian yang lagu ‘berhantunya’ berjudul Kehilangan dan Aris Idol.

Antara lagu popular ST12 yang menjadi siulan peminat artis berkumpulan ini ialah Jangan Pernah Berubah.

Lain-lain lagu hits ST12 ialah Cari Pacar Lagi, Cinta Tidak Harus Memiliki, Aku Masih Sayang Kamu, P.U.S.P.A 2008 dan Saat Terakhir (sekadar menyebut beberapa judul lagu).

Tiket-tiket untuk menyaksikan Konsert ST12 sudah boleh dibeli mulai hari ini dengan melayari http://www.ticket2u.com.my/st12.

Bagaimanapun, bagi mana-mana individu yang mahu membeli tiket Konsert ST12 secara peribadi, boleh hubungi Thata di talian 0122165949.

Sebelum Konsert ST12, penyanyi lelaki dari Indonesia yang bersuara garau, Cakra Khan juga bakal mengadakan konsertnya di lokasi yang sama.

Konsert Cakra dijangka berlangsung pada Ahad, 17 September, juga bertempat di Zepp KL.

Penyeri kepada Konsert Cakra ialah finalis American Got Talent, Darah Nadeera dan pemenang program realiti televisyen Big Stage, Ririe Moeya.

Diatur sebegitu rupa, Ririe akan membuat persembahan pembukaan di Konsert Cakra Khan. – SM

(Visited 91 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button