Hiburan

Jatung Rohana jalil berpotensi berhenti bila-bila masa sahaja, pengurus kesal dengan tindakan hospital

Penyanyi Veteran Rohana Jalil sekali lagi dimasukkan ke hospital akibat kebocoran usus yang dilalui sejak April lalu, doktor juga mengatakan jatung penyanyi berusia 68 tahun itu berpotensi berhenti bila-bila masa sahaja kerana tidak terdaya untuk melawan kuman yang sudah merebak ke organ utama.

Penyanyi Rohana Jalil

Rohana yang popular pada era 1980 an itu sedang menerima rawatan di Hospital Canceselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor.

Menurut pengurusnya yang dikenali Jepun, penyanyi itu mengalami kebocoran usus sejak April lalu dan masih belum sembuh sehingga kini.

“Untuk masa sekarang doktor tidak boleh melakukan apa-apa kerana keadaan Rohana terlalu lemah dan kalau nak buat prosedur rawatan seterusnya pun agak susah.

“Rohana juga tidak boleh makan atau minum dan hanya bergantung kepada antibiotic untuk sembuhkan usus yang bocor itu,” jelasnya.

Katanya lagi, Rohana tidak lagi berada di Unit Rawatan Rapi (icu) kerana mesin perubatan juga sudah tidak mampu merawat.

“Dia sudah tidak boleh dirawat di ICU kerana penggunaan mesin-mesin rawatan semuanya tidak lagi memberi kesan terhadapnya.

“Disebabkan usus telah bocor kuman-kuman semua telah menyerang ke organ-organ seperti paru-paru dan buah pinggang,”katanya.

Jepun juga menjelaskan punca penyanyi yang popular menerusi lagu rayuanku itu sebelum ini pernah melakukan pembehan bariatrik untuk menyelesaikan masalah gastriknya pada dua tahun lalu di atas nasihat doktor pakar perut.

Namun selepas pembahan tersebut terdapat luka dan kemerah-merahan lebih malang lagi doktor tidak memberitahu keadaan semakin teruk.

“Cuma kesilapannya apabila doktor tidak memberitahu kami keadaan usus Rohana selepas melakukan pembahan itu.

“Doktor hanya memberitahu usus ada luka dan kemerah-merah tapi doktor tidak memaklumkan sebenarnya ia sudah menjadi teruk,” Ujarnya.

Dia juga merasa kesal dengan tindakan pihak hospital kerana tidak memaklumkan perkara sebenar kepada mereka.

“Sepatutnya di sebagai pakar perut menasihati kami untuk merujuk kepada doktor pakar.
“Namun, dia ambil tindakan sendiri dan meneruskan dengan rawatan susulan yang mana tidak juga memberikan kesembuhan kepada Rohana.” Katanya lagi.

Perdana Menteri-10 melawat Rohana Jalil

Buat masa sekarang Rohana hanya diberikan ubat antibiotik selain hanya minum susu melalui tiub khas.
Terdahulu, Rohana di masukan ke hospital 18 April lalu dan Perdana Menteri ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat melawat penyanyi itu di ICU.

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button