NasionalNegeri

Raja Puan Muda Perlis terima PhD UM

Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil telah berjaya menamatkan pengajian di peringat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Akademi Pengajian Islam di Universiti Malaya (UM).

Sultan Perak berkenan mengurniakan skrol kepada Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen pada Istiadat Konvokesyen Kali Ke-63 UM di Dewan Tuanku Canselor hari ini.

Baginda telah menerima skrol yang telah disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah yang juga Canselor UM pada Istiadat Konvokesyen Kali Ke-63 UM yang berlangsung di Dewan Tuanku Canselor hari ini.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail serta anakanda-anakanda Baginda berdua iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah, Sharifah Farah Adriana dan Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Baginda telah berjaya lulus dari API dengan tesis dalam Bahasa Inggeris yang bertajuk “The Importance of Islamic Regal Leadership in Zakat Delivery to the Asnaf in Perlis”.

Tuanku Syed Faizuddin Putra, Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen bersama ketiga anakanda dan kakitangan Istana bergambar di hadapan Akademi Pengajian Islam UM sebaik selesai Istiadat Konvokesyen Kali Ke-63 UM di Dewan Tuanku Canselor hari ini.

Pengajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah Baginda ini bermula dengan pendaftaran pada tahun 2016 dan pada tahun seterusnya Baginda telah menghadiri kelas wajib di UM sebanyak 12 kali.

Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur sebelum meneruskan sesi persekolahan di Merton Hall-Melbourne Girls Grammar School di Australia sehingga tingkatan 6.

Baginda kemudian meneruskan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (Bachelor Humanities) di La Trobe University, Melbourne, Australia pada tahun 1989 dan melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya iaitu Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang pada tahun 2014.

Jejak langkah Baginda dalam bidang akademik turut diwarisi oleh Puteri-Puteri Baginda iaitu Sharifah Khatreena Nuraniah telah menerima Sarjana Muda (Bachelor Of Arts – International Politics and Anthropology) dari University Of Melbourne manakala Sharifah Farah Adriana pula menerima Ijazah Sarjana Muda (Bachelor of Business – Management) dari Royal Melbourne Institute Of Technology (RMIT) University, Melbourne dan peringkat Sarjana pula (Masters Of International Business) dari Monash University Malaysia.

Tuanku Raja Puan Muda Perlis juga merupakan Pro Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan adalah Pengerusi Yayasan Tuanku Fauziah (YTF).

Baginda memegang pangkat Mejar Kehormat dalam Rejimen 504 Askar Wataniah Pasukan Simpanan Tentera Darat, dianugerahkan Sayap Kehormat Polis DiRaja Thailand pada 2019 dan Doktor Kehormat (Honoris Causa) Sains Kesihatan dari Universidad Nacional Pedro Henriquez Urena, Republik Dominica.

Sekalung tahniah dari kami warga Suara Merdeka. – SM

(Visited 351 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button