Berita

Raja Perlis berangkat sambutan tahun baharu Cina

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan berangkat menghadiri jamuan sempena ‘Sambutan Tahun Baru Cina 2020’ yang dihoskan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Titi Tinggi yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis bagi Sumber Asli & Alam Sekitar, Bioteknologi & Teknologi Hijau, Kesihatan, Teh Chai Aan pada malam semalam.

Keberangkatan tiba baginda berdua ke majlis yang diadakan di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia, Jalan Raja Muda, Kangar tersebut disambut oleh Teh dan isteri serta Presiden MCA Malaysia, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Berangkat sama ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir, Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man, AMMK Negeri, ADUN, Ketua-ketua jabatan kerajaan Negeri dan Persekutuan serta Kepimpinan Pertubuhan-pertubuhan NGO di negeri ini.

Pelbagai persembahan menarik dan hebat termasuklah tarian naga diadakan.

Di akhir majlis, Tuanku Tengku Fauziah turut berkenan mengurniakan sumbangan ang pow kepada semua yang terlibat membuat persembahan.

Pada tahun lalu, majlis yang sama diadakan di Dewan Persatuan Chong Fah Koong Fooi, Kaki Bukit.

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button