fbpx
BeritaNasionalPendidikan

Tak logik nyanyi Negaraku dalam Mandarin untuk kefahaman

KUALA LUMPUR – Tidak logik jika alasan menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin yang dilakukan dalam kelas dekat sebuah sekolah kebangsaan di Negeri Sembilan itu bertujuan untuk memupuk kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab.

Bagaimana kefahaman terhadap lagu Negaraku boleh disampaikan hanya dengan Bahasa Mandarin sedangkan menerusi video tular berdurasi satu minit 23 saat itu turut kelihatan beberapa orang murid bukan bangsa Cina berada di dalam kelas tersebut.

Oleh demikian, sepatutnya tidak timbul soal kefahaman walhal lagu Negaraku perlu dinanyikan dalam Bahasa Melayu yang merupakan bahasa di ajar kepada semua lapisan rakyat Malaysia di sekolah kebangsaan dan menengah.

Justeru, menyanyikan lagu kebangsaan dalam bahasa selain daripada Bahasa Melayu adalah tidak wajar dan bertentangan dengan Akta Lagu Kebangsaan 1968.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong yang menjelaskan lagu Negaraku tidak boleh dipersendakan dan menyifatkannya sebagai anti-nasional.


TEO KOK SEONG

“Lagu Negaraku adalah simbol penting kedaulatan negara dan diwartakan dalam Akta Lagu Kebangsaa 1968.

“Tindakan mengubahnya adalah anti-nasional, bertentangan dengan kepentingan negara. Seakan ada penentangan dengan menukar lirik ke bahasa lain. Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya seperti dilaporkan portal Sinar Harian.

Walau bertujuan untuk memupuk kefahaman sekalipun, menyanyikan lagu Negaraku adalah tidak wajar seolah-olah mempersenda simbol dan lambang kebangsaan sekalipun bukan dalam acara rasmi.

Menurut beliau lagi, kementerian perlu mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang melakukannya.

Hal sama turut ditegaskan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin yang mengingatkan kepada semua sekolah agar mematuhi perkara asas terhadap lambang negara termasuk lagu Negaraku.

“Kementerian Pendidikan menegaskan bahawa lagu Negaraku tidak boleh diubah atau dipinda dalam apa-apa bentuk sekalipun semasa melaksanakannya dalam mana-mana acara rasmi sekolah dan hendaklah mematuhi Akta Lagu Kebangsaan 1968,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysia Gazette.

Bagaimanapun, beliau menambah hasil siasatan awal mendapati insiden tersebut berlaku bukan dalam acara rasmi dan berlaku ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP),

“Walau bagaimanapun, kementerian mengingatkan kepada semua sekolah agar sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara-perkara asas terhadap lambang-lambang negara termasuk lagu kebangsaan Negaraku dalam PdP mereka agat tidak boleh disalah anggap oleh mana-mana pihak,” ujarnya.

Semalam dalam media sosal, tular sebuah video memaparkan sekumpulan murid pelbagai bangsa dekat sebuah sekolah kebangsaan di Negeri Sembilan menyanyikan lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin.

Insiden berkenaan mengundang reaksi negatif netizen, malah menerusi ruangan komen dalam Facebook Suara Merdeka rata-rata mereka mahu melihat tindakan diambil oleh kementerian terhadap pihak yang melakukannya.

“Kementerian tak akan ambil tindakan, bercakap sekadar melepaskan batok di tangga, hantar abu Chin Peng pun pemimpin Melayu PH sudah menunduk takut,” kata Ruselanlyudmiela Lyudmiela.

“Masalahnya korang tak mampu nak kawal puak-puak minoriti. Ikutkan apa yang diorang suruh sebab takut hilang kuasa. Tambahan pula setiap tindakan kurang ajar dibuat diorang, akan ada puak-puak menjadi benteng untuk pertahan diorang. Mana tak naik lemak,” luah Ridhuan Mustafa.

“Bukan kesal sahaja, mohon amaran keras, tindakan tatatertib,” tegas Ahsanullah Osman.

“Jangan cakap sahaja, cakap 18 kali nak buat macam itu ini, 19 kali dan seterusnya pun tak boleh pakai,” komen Mohd. Norhizam Mohd. Samsudin. – SM

 

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button