BeritaNasional

Sultan Selangor titah Kampung Baru dibangunkan sebaiknya

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda mahu Kampung Baru dibangunkan dengan sebaiknya di samping mengekalkan elemen dan ciri-ciri kemelayuannya, kata Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad.

Beliau berkata semasa menghadap Sultan Selangor Khamis lepas, pihaknya turut mengambil maklum titah baginda bahawa keadaan Kampung Baru ketika ini tidak lagi kondusif untuk kehidupan moden dan selesa sedangkan kawasan sekitarnya telah dibangunkan dengan pesat menjadikan Kampung Baru kelihatan ketinggalan.

Selain itu, kementerian akan memberi perhatian khusus atas titah Sultan Selangor yang mahukan lokasi bersejarah di Kampung Baru seperti Masjid Jamek Kampung Baru dan Kelab Sultan Sulaiman dikekalkan dan dipulihara sepenuhnya supaya dapat diwarisi dan diketahui generasi akan datang mengenai sejarah kewujudannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pihaknya akan mengambil berat terhadap titah Sultan Selangor yang mahukan nama Kampung Baru itu sendiri dikekalkan termasuklah nama-nama jalan yang menunjukkan salasilah Kesultanan Selangor dan tokoh-tokoh penting yang terlibat di peringkat awal kewujudan penempatan itu.

“Kementerian sememangnya mengambil maklum bahawa wujudnya sejarah yang panjang antara Kampung Baru dan Kesultanan Selangor.

Dengan keprihatinan dan pandangan jauh Kesultanan Selangor pada 1899 lalu, maka terwujudnya Kampung Baru sebagai penempatan orang Melayu di tengah ibu kota,” katanya.

Oleh yang demikian, kementerian semestinya akan memberi perhatian khusus terhadap segala pandangan Sultan Selangor terhadap Kampung Baru

Pada Khamis lepas Sultan Selangor berkenan menerima Khalid bersama-sama pegawai-pegawai kementerian dan agensi berkaitan menghadap baginda di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Semasa hampir dua jam menghadap baginda, beliau melaporkan cadangan pembangunan semula Kampung Baru dan isu berkaitan status Penempatan Pertanian Melayu (MAS).

— BERNAMA

(Visited 179 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button