fbpx
Luar Negara

Olympia Lightning Bolt lambang cinta Usain dan Kasi Bennet

HUBUNGAN cinta Usain Bolt, lelaki terpantas di dunia dari Jamaica yang dijalin bersama kekasihnya selama empat tahun, akhirnya memberi pasangan ini seorang cahaya mata perempuan.

Buat pertama kalinya, bintang pecut itu mendedahkan di media sosial nama bayi perempuannya, Olympia Lighting Bolt sambil mengucapkan selamat ulang tahun kepada teman wanitanya, Kasi Bennett.

I want to wish my gf (girlfriend) @kasi__b a happy birthday. I get to spend ur (your) special day with u (you). (Saya ingin mengucapkan selamat ulang tahun kepada teman wanita saya @kasi__b. Saya berperluang menyambut hari istimewa ini bersama-sama anda.

We have started a new chapter together with our daughter Olympia Lightning Bolt. (Kita memulakan babak baharu dalam kehidupan bersama puteri kita, Olympia Lightning Bolt,” kata pemenang pingat Olimpik lapan kali itu dalam mesej tweetnya.


Bolt berkongsi gambar teman wanitanya yang berpakaian gaya vintaj putih sambil memangku bayi perempuan mereka.

Turut disiarkan, gambar Olympia yang memakai gaun berwarna merah jambu dipadankan dengan cekak kepala sedondon, dengan tanda pagar #OlympiaLightningBolt.

 

Kiriman Bolt itu mendapat twit semula sebanyak 4,100 kali di Twitter dan kira-kira 460,000 tanda like di Instagram.

Rata-rata netizen yang memberi komen terhadap foto berkenaan mengucapkan tahniah kepada Bolt dan pasangannya yang telah bersama sejak empat tahun lalu.

Olympia dilahirkan pada 17 Mei lalu namun sebelum ini, namanya dirahsiakan.

Bolt mengumumkan kehamilan teman wanitanya itu pada Januari lepas dengan menyiarkan foto kekasihnya memakai gaun merah sambil menyentuh perut yang sedang membesar dalam instagramnya. – SM

Show More

Related Articles

Back to top button