Nasionalpilihan

Kerajaan Persekutuan sedia bantu LTAM

Kementerian Pengangkutan bersedia membantu kerajaan negeri yang dalam usaha menarik sebuah syarikat besar ingin melabur dan berpengkalan di Lapangan Terbang
Antarabangsa Melaka (LTAM) Batu Berendam dekat sini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusof ada menemuinya berbincang mengenai usaha kerajaan negeri itu untuk menarik sebuah syarikat yang ingin beroperasi di LTAM.

“Bagi kerajaan Persekutuan kita sangat terbuka bagaimana hendak menyokong pelaburan yang akan dibawa ke Melaka.

“Jika syarikat itu benar-benar membuat keputusan ingin melabur di Melaka, saya sendiri akan cuba membantu untuk memudahkan cara dengan Malaysia Airport Holdings
Berhad (MAHB),” ujarnya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Bot ‘Hydroglyder’ yang menggunakan teknologi elektrik di Batu Berendam di sini hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Melaka Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Beliau diminta mengulas mengenai kegagalan LTAM untuk menarik minat syarikat-syarikat penerbangan lain untuk beroperasi di sini selepas menghentikan operasi
pesawat komersial ke Pulau Pinang pada Jun manakala Pekan Baru Indonesia pada Ogos lalu.

Mengulas lanjut Anthony berkata, kegagalan LTAM menarik minat syarikat-syarikat penerbangan lain beroperasi di sini disebabkan ia bergantung kepada permintaan.

Selain itu katanya, masalah lain yang timbul ketika ini kerana banyak syarikat-syarikat penerbangan menghadapi kekangan dari segi kapasiti.

“Sebenarnya banyak lagi kapal-kapal terbang masih belum beroperasi,” ujarnya.

Akhbar sebelum ini melaporkan LTAM menghentikan operasi pesawat komersial dengan penerbangan terakhir ke Pulau Pinang pada Jun lepas manakala dari Pekan Baru, Indonesia pada 16 Ogos lalu.

Pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan negeri bagaimanapun tidak ada satu pun daripada tujuh syarikat penerbangan komersial berminat untuk beroperasi di LTAM sehingga tarikh akhir Oktober lalu.

Hameed Mytheen berkata, masalah yang dihadapi kerana lokasi LTAM terlalu dekat dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). – SM

(Visited 78 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button