AgamaLuar Negara

Raja Muda Perlis lawat Masjid Shuncheng di Kunming, China

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat ke Masjid Shuncheng di Shuncheng Street, Wuyi Road, Kunming, China.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar kenangan di hadapan Masjid Shuncheng di Shuncheng Street, Wuyi Road, Kunming, China.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Iman masjid tersebut, Zhang Caiwei.

Raja Muda diiringi oleh Konsul Jeneral Malaysia di Kunming, Muhamad Akmal Abdul Wahab.

Tuanku Syed Faizuddin Putra turut berkenan mengurniakan sumbangan Bantuan Program Dakwah Dan Kemasyarakatan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebanyak RM1,000 melalui Zhang Caiwei untuk bagi tujuan sebarang program ilmu yang akan dijalankan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bergambar kenangan di sudut Masjid Shuncheng di Shuncheng Street, Wuyi Road, Kunming, China.

Masjid Shuncheng ini terletak di kawasan seluas 10,000 meter persegi yang dibina di sepanjang tembok kota lama Kunming dan merupakan masjid terbesar di Kunming.

Ia diasaskan sejak Dinasti Ming 1425 lagi dan terus berkembang semasa Dinasti Qing.

Bagaimanapun akhir Dinasti Qing, ia telah dimusnahkan oleh peperangan, dan kemudian ia dibaiki dan dibina semula beberapa kali.

Kawasan di sekitar masjid tersebut pula merupakan pusat perniagaan umat Islam.

Antara perniagaan yang dijalankan termasuklah makanan dan minuman halal, tudung, jubah, kopiah, kurma dan bermacam lagi.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bergambar dengan petugas Pejabat Kedutaan Konsul Malaysia di Kunming dan juga Jawatankuasa Masjid Shuncheng yang dilawati Baginda yang terletak di Shuncheng Street, Wuyi Road, Kunming, China.

Sehari sebelumnya Raja Muda turut berangkat melawat Masjid Kunming Nancheng yang terletak di Zhengyi Road, Jingxing Community, Daerah Wuhua, Kunming. – SM

BACA Raja Muda Perlis lawat Yunnan State Farms Group di Kunming

(Visited 109 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button