Luar Negara

Covid-19: Korea Selatan tiada kes domestik hari ini

KOREA Selatan mencatat rekod tiada jangkitan domestik buat pertama kali hari ini sejak penularan pandemik Koronavirus (Covid-19) memuncak di negara itu sejak 29 Februari.

Hal berkenaan disahkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Kora, (KCDC).

[BACA] Pengarah filem Kamal Ishak meninggal dunia — Suara Merdeka

Menurutnya hari ini juga hanya empat kes import baharu dan satu kematian direkodkan.

Jumlah berkenaan menjadikan keseluruhan kes di negara itu sebanyak 10,765 dan kematian pula seramai 247 dicatatkan.

Dalam pada itu, Parlimen Korea Selatan meluluskan bajet tambahan kerajaan bagi tahun ini.

Menerusi bajet itu, isi rumah yang terjejas akibat Covid-19 dijanjikan kerajaan akan menerima wang tunai, petik portal Channel News Asia (CNA).

Sementara itu, pada Ahad lalu, gereja terbesar Korea Selatan dibuka semula selepas kerajaan melonggarkan perintah berkurung.

[BACA] Bintang lagenda Bollywood Rishi Kapoor meninggal dunia — Suara Merdeka
[BACA] MARii bantu PKS hadapi era pasca PKP khusus dalam bidang digital — Suara Merdeka

Sebelum ini, perintah berkurung berkenaan melarang rakyatnya daripada mengadakan sebarang perhimpunan dan aktiviti keagamaan di tempat awam.

Menurut, jurucakap gereja Shincheonji Church of Jesus, lebih separuh daripada jumlah jangkitan di Korea Selatan adalah berpunca daripada tempat ibadah itu.

Penularan Covid-19 di Korea Selatan pada peringkat awal adalah tertinggi berbanding negara selain China.

Ekoran itu, kerajaannya melakukan ujian besar-besaran dan melaksanakan penjarakan sosial bagi mengekang penularannya.

Dalam pada itu, Korea Selatan juga dilaporkan melanjutkan dasar penjarakan sosial sehingga 5 May.

[BACA] Tiada lagi percutian murah – Penganalisis — Suara Merdeka
[BACA] ‘Farm Fresh’ bukan lagi milik tempatan – Najib — Suara Merdeka

Bagaimanapun, beberapa kelonggaran diberi termasuk melakukan aktiviti keagamaan dan pembukaan kemudahan sukan yang sebelum ini dilarang sepenuhnya. – Agensi

(Visited 148 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button