Alam Sekitar

Raja Muda Perlis ingatkan rakyat terus jaga kebersihan

Rakyat Perlis hendaklah sentiasa berusaha keras bagi memelihara kebersihan alam sekitar.

Tempat-tempat tarikan pelancong, kedai-kedai makan dan tandas-tandas awam juga hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kelihatan ceria, teratur dan menarik.

Kebersihan adalah tanggungjawab kita semua secara bersama sebagai masyarakat yang bertamadun dan mahukan kehidupan yang sihat dan sejahtera bukan hanya untuk hari ini sahaja tapi untuk jenerasi hadapan supaya anak cucu kita di kemudian hari juga dapat menikmatinya.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di sekitar kawasan Projek DiRaja Kg Warna-Warni Program Transformasi Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis.

Baginda berkenan menyantuni dan menyampaikan sumbangan MAIPs kepada warga asnaf Talib Dahaman 71 tahun, Saad Nor 76 tahun dan Chek Hamid 85 tahun sempena program MAIPs Peduli Khas Covid Bilangan Ke-4 bagi tahun 2022.

Pihak Bank Rakyat yang diwakili oleh Ketua Pegawai Pemasaran & Komunikasinya, Nizam Sani turut menyumbangkan RM1,000 di setiap rumah disamping pelitup muka dan tisu basah daripada Yayasan Tuanku Syed Putra Perlis serta pek kecantikan daripada Puan Eena Khalil Lim.

Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Hj Mohd Nazim Mohd Noor.

(Visited 315 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button