NasionalNegeri

Raja Muda Perlis hadir hari lahir Penasihat Kenanga Investment Bank Berhad

Sambutan hari lahir Pengasas Emeritus merangkap Penasihat Kenanga Investment Bank Berhad, Tan Sri Tengku Noor Zakiah Tengku Ismail disambut meriah di Grand Ballroom, Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menghadiri majlis tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan berangkat ke majlis hari lahir Tengku Noor Zakiah(dua dari kanan) di Grand Ballroom, Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Pengerusi Kenanga Investment Berhad, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Chay Wai Leong.

Tambah istimewa ialah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid yang tidak dapat berangkat telah berkenan menghadiahkan sebuah kek sempena majlis tersebut.

Tengku Noor yang merupakan bonda saudara kepada Raja Perlis telah mengasaskan Kenanga Investment Bank Berhad “KIBB” pada tahun 1973 di bawah nama K & N Kenanga Sdn Bhd dan berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif Syarikat sehingga Januari 2007.

Tengku Noor Zakiah melihat cederamata yang diterima dari SSMH sempena sambutan hari lahir beliau di Grand Ballroom, Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Ucapan disampaikan Syed Anwar bagi pihak syarikat, Datin Dr Fadillah Merican mewakili bondanya dan Megat Mizan Denney mewakili ahli keluarganya.

Pemain biola terkenal Dennis Lai dan penyanyi tidak asing lagi iaitu Dayang Nurfaizah menghiburkan tetamu yang hadir.

Pengerusi AMDB Tan Sri Azman Hashim turut menghadiahkan sebuah lagu.

Tengku Noor Zakiah turut menerima sebuah kek dari Raja dan Raja Perempuan Perlis sempena sambutan hari lahir di Grand Ballroom, Four Seasons Hotel, Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Tengku Noor Zakiah telah dianugerahkan “Anugerah Wanita Luar Biasa 2014” oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat Pembangunan Malaysia sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan beliau dan sumbangan dan pencapaian yang luar biasa dalam bidang pembrokeran saham.

Beliau turut menerima Anugerah “Ikon Peniagawati 2015” daripada Persatuan Wanita Bumiputera dalam Perniagaan dan Profesyen, Malaysia (PENIAGAWATI) sebagai pengiktirafan dalam bidang keusahawanan. – SM

BACA Raja Muda berkenan hadir di ‘SnappEd#09 Perlis International Education Expo 2023’

(Visited 117 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button