Nasional

Bomba Perak jalani latihan kesan petunjuk baharu cari Acap

JABATAN Bomba dan Penyelamat (Bomba) melalui Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm) menjalani latihan selama empat hari.

Latihan itu di sertai 150 pegawai dan anggota dari Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Perlis.

Ia melibatkan tiga fasa iaitu jalan lasak, penyelamatan dalam gua dan penyelamatan air.

Melalui latihan tersebut, pasukan Bomba berharap melalui latihan tersebut satu petunjuk baharu ditemui bagi menjejak Mohammad Ashraf Hassan, 30.

Mohammad Ashraf yang dikenali sebagai Acap itu didakwa hilang ketika menyertai larian Gopeng Ultra Trail 2019 (GUT19) di Gua Tempurung, Gopeng tahun lepas.


Kaedah pengesanan termasuklah teori mangsa hilang tertimbus di bawah tanah dan sebagainya.

“Melalui latihan ini kita harap dapat petunjuk baharu.

“Sekiranya ada petunjuk tertimbus di bawah tanah diharapkan dengan faktor cuaca seperti hujan mungkin dapat petunjuk baharu.”

Demikian kata Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Mohamad Yunus Abu seperti dilapor Bernama hari ini.

Katanya, latihan tersebut turut diadakan bagi menguji kemampuan logistik, teknikal dan komunikasi.

Ia turut melibatkan Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor sebagai penjejak.

MOHAMMAD YUNUS

“Latihan ini sebagai persediaan pasukan bomba terhadap sebarang kemungkinan bencana pada hujung tahun.

“Termasuk ketika musim hujan dan kejadian tanah runtuh agar dapat memperkemaskan koordinasi nanti,” jelasnya

Terdahulu, beliau mengatakan pihak Bomba mengadakan pencarian sejauh 25 kilometer mengikut laluan GUT19 itu dilakukan bersempena Latihan Pengoperasian STORM 2020 Peringkat Zon Utara Khas di Gua Tempurung.

Tambah Mohamad Yunus, pengesanan itu juga diharapkan dapat mengurangkan keresahan ditanggung keluarga Acap.

Sebelum ini, pada 17 April tahun lalu, operasi mencari Acap ditangguh sementara selepas pencarian selama 24 hari tidak menemukan petunjuk baharu. – SM

(Visited 94 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button