Politik

Hajiji nafi rampas tanah orang kampung

PELBAGAI fitnah terus disajikan kepada penduduk di Sabah yang akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September ini.

Ini termasuklah wujud satu dakwaan  mengatakan terdapat tuduhan rampasan tanah dilakukan oleh calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Hajiji Noor.

Dakwaan terhadap beliau menerusi satu video tular dalam media sosial yang mengatakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah itu merampas tanah orang kampung.

Hajiji dikatakan merampas 30 ekar tanah orang kampung di Kuala Tongol, Tuaran untuk diserahkan kepada syarikat miliknya.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan sekeras-kerasnya dan mengatakan tuduhan tersebut adalah fitnah tidak berasas serta sengaja diadakan bagi menjatuhkan reputasinya.

“Itu tidak betul. Perkara ini saya rujuk kepada peguam saya termasuk saman.

“Ini fitnah dan bukan fakta. Dalam politik boleh cakap apa sahaja tapi cakaplah yang betul, jangan main cakap sahaja. Tindakan ini terdesak.

Demikian kata Hajiji ketika berucap di Kampung Baru Selaud hari ini seperti dipetik laporan Bernama.

Beliau berkata demikian ketika berkempen di kawasannya selepas program ramah mesra di Kampung Selaud, Tuaran.

Sementara itu, Hajiji dalam masa sama turut menggesa rakyat Sabah mengubah nasib mereka yang dikatakan terabai ketika Parti Warisan Sabah (Warisan) memerintah.

Katanya, rakyat perlu membuat keputusan yang bijak untuk menjamin masa hadapan mereka dengan menentukan parti yang tepat untuk menjadi kerajaan negeri pada Sabtu nanti.

“Ini peluang keemasan. Kita tidak mahu lagi dengar cerita dan cakap pihak di sebelah sana yang kononnya sudah buat macam-macam untuk rakyat Sabah.

“Kita mahu negeri yang membangun dan keselamatan terjaga,” katanya.

Turut hadir dalam program itu adalah Naib Presiden Bersatu merangkap Exco Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Mohd. Rafiq Naizamohideen.

Kata Mohd. Rafiq, beliau percaya rakyat Sabah bijak membuat keputusan bagi memilih kerajaan negeri yang sehaluan dengan kerajaan pusat. – SM

(Visited 381 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button