Politik

Rakyat berhak dapat kerajaan kukuh – Anwar

PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan yang beliau bentuk merupakan satu perancangan untuk mengembalikan mandat kepada rakyat.

Menurut Ahli Parlimen Port Dickson itu,  rakyat berhak untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil,

“Kerajaan yang akan saya bentuk ini adalah rencana saya dalam mengembalikan mandat rakyat. Rakyat berhak untuk mendapatkan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil, dan ia bukan dengan kerajaan majoriti dua kerusi Parlimen,” kata Anwar.

Anwar semalam mendakwa dia telah mendapat sokongan yang kukuh dan menyakinkan daripada ahli-ahahli Parlimen untuk menubuhkan sebuah kerajaan persekutuan yang baru.

Katanya, majoriti yang menyokonnya adalah ahli parlimen Melayu dan Islam.

“Pentadbiran ini pastinya mewakili semua rakyat, dengan majoriti Melayu-Bumiputera dan perwakilan saksama semua kaum di negara ini.

“Kami tetap menjunjung prinsip-prinsip perlembagaan yang mengiktirafkan kedudukan Islam, kedaulatan Raja-raja Melayu, memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi serta kedudukan istimewa Melayu-Bumiputera di samping jaminan tegas mempertahankan hak warga pelbagai kaum lain,” katanya pada sidang media, semalam.

 

(Visited 192 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button