NegeriRencah Hidup

Raja Muda hadir Karnival Sukan Rakyat KeMAP

RAJA Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan Karnival Sukan Rakyat anjuran Kelab Kebajikan dan Sukan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) atau nama singkatannya KeMAP .

Penganjuran karnival sukan ini sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2023 di Padang Permainan Taman Desa Asnaf (TDA) MAIPs Batu Bertangkup, Chuping.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bergambar bersama ahli KeMAP semasa Karnival Sukan Rakyat KeMAP di TDA, Batu Bertangkup, Chuping.

Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs turut meluangkan masa melawat projek menanam buah ‘rock melon’ yang baru sahaja diusahakan kembali oleh pihak Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) ketika berada di TDA tersebut.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan melihat projek buah ‘rock melon’ yang diusahakan kembali oleh pihak ATAM ketika berada di TDA sempena Karnival Sukan Rakyat KeMAP.

Terdahulu daripada itu Tuanku Raja Muda berkenan mengetuai program Kayuhan MAIPs Peduli bagi menjejaki dan menyantuni tiga buah rumah asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al-Husna, Batu Bertangkup bagi menyampaikan sumbangan agihan zakat MAIPs.

Para penerimanya pada kali ini adalah Romiah Lebai Diah, 85 di Kampung Batu Bertangkup; Mt Zainon Din, 70, di Kampung Sungai Buloh; dan Fatimah Sudin ,73 dari di Kampung Batu Bertangkup.

Selepas program tersebut, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, individu serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) digalakkkan untuk terus mempromosikan nilai-nilai positif yang sesuai dengan budaya dan tradisi negeri dan negara ini.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbamgan kepada salah seorang asnaf kariah Masjid Al-Husna, Batu Bertangkup sempena Kayuhan MAIPs Peduli.

Titah Baginda, ini boleh dilaksanakan melalui inisiatif-inisiatif yang mampu memupuk perpaduan, silang budaya serta pembangunan masyarakat dengan menyokong organisasi-organisasi yang sejajar dengan nilai teras kita. – SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button