NasionalTravel

Malaysia bakal jadi hab umrah rantau Asia-King Sing

MALAYSI bakal menjadi hab umrah di rantau Asia. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, MOTAC dalam perancangan untuk memperkenalkan Malaysia sebagai hab umrah bertujuan menghimpun jemaah seluruh dunia khususnya di rantau Asia.

Tiong berkata, beliau akan akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat ini bagi membincangkan perkara tersebut dan seterusnya, merealisasikannya secepat mungkin.

“Saya bersama pasukan di MOTAC akan mempromosikan program ini ke negara-negara tumpuan seperti China, Korea, Jepun, Thailand, Filipina, Indonesia dan negara-negara serantau untuk menarik mereka melancong ke Malaysia serta memproses visa sebelum mengerjakan umrah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Timbalannya, Khairul Firdaus Akbar Khan pula diberi tanggungjawab sepenuhnya untuk menguruskan perkara ini. Tambah Tiong, kaedah pelaksanaan dan perincian berhubung cadangan itu akan diumumkan kelak.

“Objektif program ini bukan sahaja demi memberi manfaat dari sudut pertumbuhan ekonomi negara.

“Tetapi juga bertujuan untuk mempromosi Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang membangun dan berdaya saing selaras konsep Malaysia Madani,” katanya. – SM

(Visited 207 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button