NasionalPolitik

Saifuddin kalah teruk di tangan Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR

RAFIZI Ramli dipilih  sebagai  sebagai Timbalan Presiden PKR selepas memperoleh pendahuluan besar dalam undian menentang Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam pemilihan PKR.

Rafizi memperoleh majoriti undi di Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah, Sabah, Johor, Perak, Pahang, Pulau Pinang, dan wilayah persekutuan kecuali Perlis dan Sabah.

Memetik laporan Free Malaysia Today, di Terengganu, Rafizi menang di semua lapan bahagian dengan memperoleh 1,266 undi, berbanding Saifuddin 708 undi.

Di Sarawak Rafizi mengungguli saingan jawatan itu dengan kelebihan hampir 20,000 undi, selepas keputusan tidak rasmi di negeri terakhir, Sarawak diperolehi hari ini.

Keputusan di laman sesawang PKR menunjukkan Rafizi mendahului 16 daripada 31 bahagian PKR di negeri itu.

Pengiraan undi untuk Sarawak masih diteruskan, setakat jam 8.30 malam.

Saifuddin menang di Perlis dengan 760 undi berbanding Rafizi 593 undi. Rafizi bagaimanapun memenangi dua daripada tiga bahagian di negeri itu – Padang Besar dan Arau.

Bekas Ahli Parlimen Pandan itu memperoleh sejumlah 153 bahagian dari 13 negeri dengan lebih 67,000 undi manakala Saifuddin memperoleh 39 bahagian dengan lebih 40,000 undi.

Rafizi turut mempertahankan jawatannya sebagai ketua bahagian Pandan dengan memperoleh 548 undi, menewaskan Rashidi Hassan (373) dan Adnan Jaaffar (121).

Ketua PKR Selangor Amirudin Shari, yang juga Menteri Besar Selangor, memperoleh 1,858 undi untuk mempertahankan jawatannya sebagai ketua bahagian Gombak, menewaskan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, bekas setiausaha politik kepada presiden PKR Anwar Ibrahim. Farhash memperoleh 1,215 undi.

Di Negeri Sembilan, Menteri Besar Aminuddin Harun, telah dipilih sebagai ketua bahagian Port Dickson dalam pertandingan sulungnya. Beliau memperoleh 1,129 undi untuk menewaskan Ravi Munusamy (951) dan Sevalingam Birasami (477).

Aminuddin menjadi ketua bahagian Tampin sejak 2018 dan timbalan ketua bahagian Seremban sebelum itu.

Percubaan pertama Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik untuk jawatan bahagian mendapat ganjaran apabila menang di Simpang Renggam, memperoleh 109 undi berbanding 66 undi pesaingnya Faizul Abdul Ghani.

Aktivis pemuda Adam Adli memenangi perebutan jawatan ketua Pemuda PKR dalam pemilihan parti selepas memperoleh 7,545 undi di empat negeri.

Saingannya, Fahmi Zainol, Ketua Pemuda PKR Pulau Pinang, memperoleh 7,001 undi.

Veteran PKR Tian Chua telah kehilangan jawatan ketua bahagian di Batu. Beliau dikalahkan oleh P Prabakaran yang memperoleh 517 undi manakala Tian Chua mendapat 306 undi.

(Visited 647 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button