Belang BertempatPolitik

PRN Melaka: Lawan 3 penjuru, PPBM tak kisah PH menang…

MALAM tadi Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mereka (PPBM) bersedia untuk pergi tiga penjuru melawan BN dan PH di PRN Melaka, kata Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil, hari ini.

“Pada hemat saya, jika PPBM ikhlas ingin bekerjasama untuk perpaduan ummah dan jika mereka serius untuk menewaskan PH, parti yang kecil dan tiada akar umbi seperti PPBM sepatutnya tidak memberi pelbagai syarat dan tuntutan kerusi untuk bekerjasama,” kata Isham.

Kata Isham lagi, “sebabnya, jika mereka kata ingin bekerjasama tetapi ia datang dengan pelbagai syarat dan tuntutan itu dan ini serta mereka paksa kita beri kerusi kepada mereka, walaupun mereka nyata tidak ada sokongan dan akar umbi, ia bukanlah satu kerjasama yang seimbang mahupun bijak.”

Jelas Isham, “jika kita beri laluan kerusi kepada mereka (PPBM) maka besar kemungkinan akan berlaku perpecahan undi atau undi protes dari kalangan pengundi dan penyokong kita di akar umbi.

“Ini boleh menyebabkan PH yang akan menang pada pilihanraya.

“Sebab itu kita tidak boleh tunduk kepada tuntutan mahupun ugutan-ugutan mereka ini.”

Menurut Isham lagi, “jika kita terpaksa lawan mereka tiga penjuru, kita lawan. Ini lebih baik daripada kita serah kerusi dan belum apa-apa, kalah sebelum melawan.

“Sekurang-kurangnya dengan cara ini kita elakkan undi protes di kalangan penyokong kita sendiri untuk meningkatkan kebarangkalian untuk kita menang dan tewaskan PH,” ujar beliau.

Muhyiddin kata, “Ummah ke, perpaduan ummah ke, itu perkara memang biasa kita alu-alukan tetapi dalam pertimbangan politik, dia tidak ada sebut perpaduan ummah pun, dia tengok perpaduan dan kepentingan parti masing-masing.”

Merujuk kepada kenyataan di atas, Isham berkata, “kenyataan ini saya lihat menggambarkan mereka (PPBM) seolah-olah tidak kisah jika mereka menjadi penyebab undi Melayu pecah dan akibatnya PH menang, asalkan mereka dapat kerusi untuk bertanding.” – SM

(Visited 330 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button