fbpx
Politik
Trending

‘Presiden UMNO sudah buat yang terbaik’

KEPUTUSAN dan dasar yang dilaksanakan UMNO menerusi kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selama ini adalah terbaik.

Ini termasuklah pendirian yang dinyatakan oleh UMNO secara konsensus dalam kepimpinan partinya termasuklah melakukan gencatan politik dan mendokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Malah pendirian terkini Ahmad Zahid terhadap UMNO yang mahu mengutamakan rakyat ketika krisis perebutan kuasa dan serangan pandemik Koronavirus (Covid-19) di negara ini dianggap terbaik.

Ahli Parlimen Bagan Datoh itu dilihat berterusan menzahirkan kesetiaan pada UMNO dan cuba mengatasi tekanan terhadap parti yang dilakukan oleh pemimpin parti lain.

“Jadi, bagi saya dari segi kesetiaan UMNO, saya rasa Ahmad Zahid memang setia pada UMNO dan beliau memimpin parti.


“Sama ada beliau betul atau tidak, perancangannya itu tugasnya sebagai pemimpin.

“Sebagai pemimpin beliau kena buat tindakan yang mungkin pada sesetengah orang tak faham kata benda itu salah.

“Tetapi, bagi sesetengah orang yang boleh faham kedudukannya bagi saya dia buat yang terbaik.”

Demikian kata pakar sejarah dan penganalisis politik, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Beliau berkata demikian menegaskan, Ahmad Zahid masih lagi mendapat sokongan daripada akar umbi dan meminta penganalisis dan pemerhati tidak lagi terpengaruh dengan maklumat tidak berasas.

Menurutnya semua pihak yang mengaku sayang kepada UMNO sepatutnya memberikan sokongan kepada kepimpinan beliau terutama di saat parti itu menerima tekanan daripada kumpulan dalam kerajaan.

“Di peringkat akar umbi, berapa ramai yang tak suka Ahmad Zahid, kalau tak suka takkanlah mereka pilih beliau jadi Presiden.

“Memang perwakilan yang datang ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU), mereka memilih Ahmad Zahid.

“Beliau yang paling banyak (undi), Tengku Razaleigh pun sedikit, begitu juga Khairy Jamaluddin.

“Bagi saya, terang-terangan 200 lebih undi Ahmad Zahid dapat itu daripada akar umbi.

“Jadi, akar umbi tak suka itu kita kena lihat betul ke? Mana kumpulan yang tak suka.

“Macam surat-surat layang, Najib sign (tanda tangan), beliau pun sign kononnya surat kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Tetapi, sekarang kenapa tiba-tiba surat itu ada, selama ini kenapa mereka kalau hendak bekerjasama tidak pernah tulis surat kepada Yang di-Pertuan Agong.

“UMNO di bawah Ahmad Zahid telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk kestabilan negara ini.

“Tetapi apabila UMNO terlalu ditekan oleh pihak Bersatu dalam kerajaan sekarang ini, ya betul saya setuju dengan Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman katanya UMNO diberi jawatan-jawatan yang tidak penting,” jelasnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button