Nasional

Premis pernigaan tak boleh hidang makanan dalam kereta

PREMIS makanan tidak dibenarkan sama sekali menyediakan perkhidmatan menghidangkan makanan kepada pelanggan di dalam kereta di Kuching, Sarawak.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, tindakan tersebut melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Mereka yang melakukan perkhidmatan itu boleh dikenakan kompaun kerana kerana hanya ‘take away’ atau bawa pulang makanan dibenarkan.

“Pengusaha premis makanan dinasihatkan supaya menghentikan layanan ‘dine-in’ di dalam kenderaan.

“Menghantar makanan secara hidangan kepada pelanggan untuk makan di dalam kenderaan mereka atau kenderaan yang disediakan oleh premis adalah tidak mematuhi SOP, yang mana hanya membenarkan bawa pulang,” katanya yang dihubungi Harian Metro hari ini.

Sehingga kini kata beliau, hanya sebuah premis makanan di Miri telah dikompaun kerana menyediakan layanan sedemikian. Premis tersebut dikompaun Jumaat lalu.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya pelanggan membeli (take away) dan makan di dalam kenderaan mereka sendiri, ia tidak menjadi kesalahan.-SM

(Visited 409 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button