Ekonomi

Pendapatan Sime Darby Property Melonjak 25 % kepada RM1.4 bilion pada Separuh Pertama TK2023

SIME Darby Property Berhad (Sime Darby Property) merekodkan jumlah pendapatan sebanyak RM1.4 bilion untuk enam bulan berakhir 30 Jun 2023 (“separuh pertama TK2023”), menunjukkan peningkatan sebanyak 25% berbanding RM1.1 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. 

Margin keuntungan kasar Syarikat melebihi jangkaan pada 28% dengan keuntungan sebelum  cukai (“PBT”) sebanyak RM212.2 juta dan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti  (PATAMI) sebanyak RM131.7 juta yang menggambarkan persekitaran pasaran kompetitif  dan dinamik. 

Dipacu oleh kemajuan projek yang sedang berjalan, Syarikat mendaftarkan pendapatan yang    lebih tinggi dengan RM688.9 juta berbanding suku sebelumnya. PBT meningkat 17% suku-ke-suku (“QoQ”) kepada RM114.3 juta dan PATAMI juga naik sebanyak 17% kepada RM71.1  juta. 

Dengan memanfaatkan peluang pasaran, Syarikat merekodkan jualan berjumlah RM1.5 bilion  yang mewakili 65% daripada sasaran jualan berjumlah RM2.3 bilion bagi TK2023.

Segmen   perindustrian merupakan penyumbang utama dengan 40% atau RM597.0 juta bagi jualan keseluruhan yang dicapai pada separuh pertama TK2023. 

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican berkata, “Strategi  kami dalam menghadapi dinamik pasaran semasa adalah bertunjangkan pemahaman nuansa  pasaran dan permintaan pengguna. Ini membolehkan kami untuk bergerak secara berkesan  dan memanfaatkan pertumbuhan di samping mengekalkan konsistensi dalam tawaran kami. 

“Keseimbangan ini penting untuk jualan berterusan dan trajektori pertumbuhan operasi pada  separuh pertama TK2023.” 

Sebagai tambahan kepada kecemerlangan operasi, Syarikat juga telah memenangi sebanyak  33 anugerah pada separuh pertama TK2023, dengan dua kemenangan besar untuk Bandar  Elmina dan Cantara Residences di FIABCI World Prix d’Excellence Awards 2023 yang berlangsung di Amerika Syarikat. 

Pencapaian Kewangan dan Operasi

Inventori sedia ada berkurangan dengan ketara kepada RM237.7 juta daripada RM277.2 juta pada 31 Disember 2022, dan merupakan paras terendah yang pernah dicapai sejak pengumuman pengasingannya.

Syarikat mendaftarkan rizab simpanan tunai sebanyak RM795.4 juta, manakala nisbah hutang bersih sebanyak 20.7% mencerminkan aliran tunai dan kapasiti kukuh untuk perkembangan masa depan.

Syarikat mencatatkan jualan belum dibil yang lebih tinggi sebanyak RM3.8 bilion pada 30 Jun 2023 berbanding RM3.6 bilion pada 31 Disember 2022, yang memastikan keterlihatan pendapatan untuk tiga tahun akan datang. Tempahan semasa adalah berjumlah RM1.9 bilionpada 6 Ogos 2023.

Dividen

Sime Darby Property telah mengisytiharkan dividen interim pertama sebanyak 1.0 sen dividen sesaham berjumlah RM68.0 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 Prospek Untuk TK2023

Yakin bahawa momentum kukuh yang dilihat pada separuh pertama 2023 akan berterusan  hingga separuh kedua tahun ini, Syarikat telah menyemak semula sasaran jualannya daripada RM2.3 bilion kepada RM2.7 bilion dan sasaran GDV pelancaran daripada RM3.0 bilion kepada RM4.0 bilion.

“Kami percaya Syarikat berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan permintaan pasaran, di mana kami juga berpeluang untuk memaksimumkan pertumbuhan pembangunan hartanah pada tahun-tahun akan datang. Kami optimistik dalam keupayaan kami untuk mencapai matlamat tahun ini dan seterusnya berusaha dalam memaksimumkan nilai bagi pihak-pihak berkepentingan kami,” kata Azmir. – SM

(Visited 144 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button