Ekonomi

Raja Muda Perlis berangkat ke Kafe Richiamo ke-88 dibuka di UniMAP di Kampus Pauh

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat melancarkan pengoperasian kafe Richiamo di Kampus Alam Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Pauh Putra pada semalam.

Mengiringi baginda ialah puteri sulung, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.

Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof Ts Dr Zaliman Sauli dan Ketua Pejabat Naib Canselor UniMAP Mejar Muhamad Azuan Mohamad Nasir serta pihak pengurusan kafe berkenaan yang merupakan cawangan yang ke-88 rangkaian kafe Richiamo di seluruh negara dan yang ketiga wujud di negeri Perlis selepas di UiTM Cawangan Arau dan juga Kangar Jaya.

Tuanku Raja Muda turut meluangkan masa melihat bagaimana kopi ‘dibancuh’ di kafe berkenaan yang menyajikan pelbagai variasi kopi termasuk Americano, Latte dan Espresso.

Selain itu kafe milik penuh bumiputera tersebut juga menghidangkan menu makanan barat dan tempatan seperti Patin Masak Tempoyak serta Asam Pedas Tenggiri.

(Visited 669 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button