Politik

Polis Terengganu terima laporan hantaran palsu rancangan merusuh

Polis Terengganu menerima satu laporan hantaran palsu di media sosial mendakwa terdapat rancangan merusuh oleh sebuah gabungan politik.

Ketua Urusetia PRN Polis Kontinjen Terengganu, Noor Halim Nordin berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Chukai, Kemaman, semalam.

“Berdasarkan laporan itu, pengadu terlihat satu hantaran ayat berbunyi ‘UMDAP sedang cuba mencipta rusuhan seperti mana yang berlaku pada 13 Mei.

“Hantaran itu dilihat ketika pengadu melayari Facebook,” katanya menurut Sinar Harian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – SM

BACA PRK Kuala Terengganu akan dijalankan serentak dengan PRN 6 negeri pada 12 Ogos

(Visited 46 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button