Politik

MUDA belum pasti tanding PRK Pulai, Simpang Jeram

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) akan memberi fokus bagi memastikan 19 calonnya menang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di empat daripada enam negeri ditandingi.

Presidennya, Syed Saddiq Syed Abd Rahman berkata, pihaknya masih belum memutuskan akan meletakkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, 9 September ini.

“Kami nak fokus menangkan 19 calon MUDA bertanding dalam PRN di empat negeri terlebih dahulu. Buat masa ini soal PRK di Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram tidak dibincangkan.

“Lagi pun Muda menghormati dengan arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub yang sangat rapat dengan saya dan ramai kepimpinan MUDA.

“Buat masa ini janganlah tanya soal PRK di Johor dulu biar kami tolong calon-calon MUDA dulu,” ujarnya kepada pemberita selepas membantu kempen calon tunggal MUDA, Ahmad Qusyairi Abdull Rahim bertanding di DUN Temiang, Negeri Sembilan.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar berkata, jentera parti MUDA lebih memfokuskan dalam PRN menjelang pembuangan undi pada 12 Ogos ini.

Ujarnya, samada MUDA akan menghantar calon di Pulai dan Simpang Jeram akan diputuskan selepas PRN nanti.

PRK di Parlimen dan DUN berkenaan diadakan berikutan kematian Salahuddin, 61 yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup 23 Julai lalu. – SM

BACA PRN Johor: Parti MUDA oh duit tak ada

BACA 573 jadi calon PRN, seorang warga emas dan calon termuda 23 tahun

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button